suria

Ummi Nazeera dedah sikap Aliff Aziz di lokasi penggambaran... ”Ramai senang hati, dia sangat pemurah”

PELAKON Ummi Nazeera mendedahkan sikap peribadi sebenar Aliff Aziz yang merupakan seorang aktor berdisiplin dan sentiasa menepati masa.

Kata Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 33, pelakon berasal Singapura itu juga sering bersedekah dengan berbelanja makanan untuk semua kru dan rakan artis di set penggambaran.

“Masa dekat set dia okay sahaja. Dia datang menepati masa dan pengarah sangat gembira dengan dia. Dia tidak pernah buat hal dan semasa penggambaran dia okay.

“Aliff dekat set memang suka belanja orang, dia seorang yang pemurah dekat set penggambaran dan ramai yang senang hati dengan dia. Pelakon-pelakon lain pun okay dengan dia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi