suria

Nampak biasa tapi berat hukumnya... Umat Islam tak boleh mengeluh, mencela kedatangan hujan

Kita tidak sepatutnya merungut atau mencela hujan. -Gambar hiasan AI

KEDATANGAN musim hujan boleh menyebabkan banyak aktiviti dan urusan harian terganggu.

Dalam situasi ini, ada dalam kalangan kita secara tidak sedar mengeluh dan mencela hujan, seolah-olah tidak menyedari kebaikan dan hikmahnya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:

Allah S.W.T berfirman, anak Adam menyakiti Aku. Dia mencela masa sedangkan Aku adalah masa. Di tangan-Ku ada segala urusan. Aku lah yang membolak-balikkan siang dan juga malam. [Riwayat Al-Bukhari]

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dalam syarahannya ke atas hadis ini menukilkan kata-kata Imam Al-Khattabi yang menyebut maksud hadis ini.

'Aku' (merujuk kepada Allah) merupakan pemilik kepada masa serta pentadbir segala perkara yang mereka nisbahkan kepada masa.

Maka sesiapa yang mencela masa dengan sebab ia yang melakukan perkara-perkara ini, maka celaannya itu tadi kembali kepada Tuhan masa yang melakukan hal tersebut.

Sesungguhnya Al-Dahr adalah masa yang dijadikan zharaf bagi perkara-perkara yang berlaku.

Lightning appears as dark cloud caryying heavy rain approaching the Kesas highway heading towards Kuala Lumpur on Monday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Banyak urusan terganggu ketika musim hujan atau banjir. -Gambar hiasan

Hadis ini adalah petunjuk yang jelas bahawasanya mencela masa adalah sama seperti mencela Tuhan kepada masa iaitu Allah. 

Maka hukum perbuatan ini adalah jelas akan keharamannya. 

Riwayat yang lebih jelas dalam menyatakan keharaman perbuatan ini adalah sebuah hadis riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Janganlah kamu mencela masa kerana sesungguhnya Allah merupakan masa. [Riwayat Muslim]

Kesimpulan

Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan hukum mencela hujan adalah haram. Ini kerana Allah S.W.T yang menurunkan hujan dan mencela hujan hakikatnya adalah mencela zat yang menurunkannya iaitu Allah. 

Secara asasnya hujan merupakan salah satu nikmat daripada Allah S.W.T. 

Bahkan, menjadi suatu sunnah bagi seorang Muslim untuk berdoa apabila melihat turunnya hujan.

Maka, inilah adab yang diajarkan dalam sunah nabawiyyah untuk kita ini sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T supaya menjadikan sesuatu yang berlaku itu sebagai bermanfaat. 

Hukum haram ini tidak terbatas kepada mencela hujan semata-mata. 

Menganggap sial dan mencela sesuatu masa seperti hari, bulan, atau tahun tertentu, ataupun mencela musim kemarau yang panjang, maka hukumnya juga adalah haram kerana Allah S.W.T lah yang mengurus tadbir kesemuanya ini.

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia