suria

Korban Covid-19 meningkat kepada 27, kes keseluruhan 2,320

Malaysia merekodkan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,320 setakat Sabtu. -fotoBERNAMA.

PENULARAN wabak Covid-19 merekodkan satu lagi kematian di Malaysia pada Sabtu, menjadikan 27 kematian keseluruhan setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-27 melibatkan lelaki warganegara Malaysia yang berusia 61 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagi meninggal dunia akibat Covid-19, jumlah keseluruhan 26 kematian

"Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2162) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Malaysia turut merekodkan 159 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 2,320 kes setakat ini.

Selain itu, 61 pesakit Covid-19 dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan kes pulih sepenuhnya sebanyak 320 kes dengan kadar pemulihan 13.8 peratus.

Artikel Lain