suria

Dua lagi meninggal dunia akibat Covid-19, jumlah keseluruhan 26 kematian

Malaysia terus catat peningkatan dari segi kes dan angka kematian Covid-19. -Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan tiga lagi kematian akibat Covid-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan 26 kematian setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada hari ini juga terdapat 130 kes baharu, menjadikan 2,161 kes keseluruhan setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit ada sejarah perjalanan ke Indonesia korban Covid-19 ke-24

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian, termasuk satu kes pelaporan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan KKM pagi tadi, menjadikan jumlah kematian 26 orang setakat ini.

"Kes kematian ke 25 (pesakit 2,032) ialah lelaki tempatan berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac dan disahkan meninggal pada 26 Mac jam 6.55 petang.

"Kes kematian ke-26 (pesakit 1,321) lelaki tempatan 53 tahun. Beliau adalah kontak rapat kepada kes positif kes ke-1,309.  Dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia 27 Mac jam 10.30 pagi," ujar Dr Noor Hisham menerusi sidang media.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mendedahkan 54 pesakit Covid-19 berada di Unit Rawatan Rapi (CIU), yang mana 34 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Covid-19, kematian, korban, kronik

Artikel Lain