suria

Prihatin: Penjawat awam termasuk pekerja kontrak terima RM500, lebih 850,000 pesara kerajaan tidak dilupa

Kerajaan akan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada golongan penjawat awam dan pesara kerajaan.

PAKEJ Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melupakan kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran negara.

Menerusi pakej itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada kakitangannya bagi menghargai sumbangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum Pakej Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion, ini bantuan wang tunai yang bakal diterima rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: Kakitangan perubatan, anggota polis, tentera bertungkus lumus bendung Covid-19 nikmati elaun khas

“Kerajaan juga tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.

“Bagi menghargai sumbangan mereka, kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak,” katanya dalam perutusan yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, pada Jumaat.

Selain itu, Muhyiddin berkata sumbangan pesara kerajaan juga tidak dilupakan apabila kerajaan turut mengumumkan bantuan kepada golongan berkenaan.

Sama seperti penjawat awam, katanya, pesara kerajaan juga akan diberi sebanyak RM500 secara one-off dan ia dijangka memanfaatkan lebih 850,000 pesara kerajaan.

Bayaran bantuan untuk kedua-dua kumpulan penerima ini akan dilakukan pada April 2020.

Artikel Lain