Kes Covid-19 diramal capai kemuncak menjelang Ramadan, KKM siap sedia katil tambahan - “We prepare for the worst”

Ramalan dari JP Morgan mengatakan Malaysia akan mencapai kemuncak 6,300 kes pada pertengahan April yang mana umat Islam akan menyambut Ramadan. foto:BERNAMA.

MALAYSIA dijangka mencapai kemuncak jangkitan Covid-19 dengan rekod 6,300 kes pada pertengahan April.

Demikian kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban Covid-19 meningkat kepada 27, kes keseluruhan 2,320

"Agak awal untuk kami katakan tetapi jika anda mahu ramalkan, ramalan dari JP Morgan mengatakan pada pertengahan April, kita akan capai kemuncak 6,300 kes.

"Jika lihat ramalan Malaysian Insititute of Economic Research, ramalan mereka lebih tinggi dengan 8,900 kes," ujarnya pada sidang media, Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media berhubung penularan Covid-19 menjelang bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri yang akan tidak lama lagi.

Dr Adham Baba melihat persiapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata KKM telah memperuntukkan katil tambahan sekiranya berlaku pertambahan bilangan pesakit pada masa akan datang.

"Persiapan kesiapsiagaan KKM, kita peruntukkan 3,400 katil dan tambah dengan Institut Latihan KKM, sejumlah 5,292 katil.

"Dengan persiapan katil, kita rasa memadai. Tapi bak kata orang we prepare for the worst (kita bersedia untuk situasi terburuk). Kalau kita perlu untuk tambahan katil, mungkin ada 600 katil kat situ (MAEPS di Serdang).

Persiapan sedang giat dilakukan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS.

"Sebanyak 400 (katil) di Hall A dan 200 lagi di Hall B. Lebih baik terlebih bersedia daripada kurang bersedia," ujarnya lagi.

Pada hari ini juga, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba turut meninjau persiapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS.

Beberapa foto tinjauan itu turut dikongsi di laman sosial rasmi KKM, memaparkan kerja-kerja pemasangan sedang giat dijalankan.


Dr Noor Hisham, katil, KKM, JP Morgan, ramal

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain