Covid-19: Senarai 15 peperiksaan di bawah KPM yang dijadual semula

Sebarang pindaan tarikh peperiksaan akan dimaklumkan oleh KKM mengikut perkembangan semasa. -Gambar hiasan

PENULARAN wabak Covid-19 serta pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata memberi kesan buat rakyat di negara ini.

Tidak terkecuali tentunya golongan pelajar apabila semua sekolah ditutup sepanjang tempoh PKP dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PM umum lanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April

Pada Sabtu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penjadualan semula semua peperiksaan di bawah kendalian mereka.

Berikut adalah tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan semula:

1. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020

Tarikh Asal: 30 Mac hingga 6 April 2020
Pindaan Tarikh: 27 April hingga 4 Mei 2020

2. Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020

Tarikh Asal: 28 Mac 2020
Pindaan tarikh: 5 September 2020

3. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Tarikh Asal: 4 Mei hingga 11 Mei 2020
Pindaan Tarikh: 3 Jun hingga 12 Jun 2020

4. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

Tarikh Asal: 4 April hingga 6 April 2020
Pindaan Tarikh: 27 April hingga 30 April 2020

5. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Tarikh Asal: 4 Mei hingga 21 Mei 2020
Pindaan Tarikh: 3 Jun hingga 18 Jun 2020

6. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Tarikh Asal: 4 Mei hingga 21 Mei 2020
Pindaan Tarikh: 3 Jun hingga 18 Jun 2020

7. Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)

Tarikh Asal: 22 Jun 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

8. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) - Lisan

Tarikh Asal: 2 Jun hingga 30 Jun 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

9. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) - Bertulis

Tarikh Asal: 23 Jun hingga 25 Jun 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

10. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Tarikh Asal: 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

11. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) - Pentaksiran Pusat

Tarikh Asal: 28 September hingga 6 Oktober 2020
Pindaan Tarikh: 28 September hingga 29 September 2020
(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

12. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - Bertulis

Tarikh Asal: 21, 22, 26 hingga 28 Oktober 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

13. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Bertulis

Tarikh Asal: Fasa 1 (5 Oktober hingga 14 Oktober 2020)
Fasa 2 (2 November hingga 19 November 2020)

Pindaan Tarikh: 16 November hingga 7 Disember 2020

14. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) -Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251

Tarikh Asal: 2 November dan 3 November 2020
Pindaan Tarikh: 16 November dan 25 November 2020

15. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Semester 2

Tarikh Asal: 6,12,13 dan 14 Mei 2020
Pindaan Tarikh: 18,19, 23 dan 24 November 2020

16. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Ulangan 1

Tarikh Asal: 18,19, 23 dan 24 November 2020
Pindaan Tarikh: 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020

17. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Semester 3

Tarikh Asal: 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

18. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Ulangan 2

Tarikh Asal: 25, 26, 30 November dan 1 Dis. 2020
Pindaan Tarikh: 15 hingga 18 Mac 2021

Menurut KPM, Peperiksaan STPM Semester 2 dianjak dari bulan Mei ke bulan November untuk memberi peluang sekolah menguruskan sukatan Semester 2 yang tertinggal.

Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 pula dianjak ke bulan Mac 2021.

Sebarang pindaan jadual akan dimaklumkan oleh KPM.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain