suria

KPLI Tidak Akan Dimansuh

KUALA KUBU BARU: Masalah jumlah graduan lepasan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melebihi penawaran tidak akan menyebabkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dimansuhkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, pengambilan KPLI tetap akan dijalankan pada bulan Jun ini.

"Program ni (KPLI) memang akan diteruskan kerana memang kami memerlukan guru sekolah," katanya selepas melawat projek asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baru yang terbengkalai hari ini.

Katanya, pengambilan bagi KPLI mungkin akan ditambah pada tahun hadapan namun ini akan bergantung pada faktor tertentu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain