2010 Titik Permulaan Pembudayaan Inovasi - Semasa | mStar

2010 Titik Permulaan Pembudayaan Inovasi

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia dilihat sebagai titik permulaan dan komitmen bersungguh-sungguh kerajaan dalam membudayakan inovasi sebagai cara hidup masyarakat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Rahmah Mohamed berkata, jika ia menjadi suatu program yang berterusan, Malaysia mampu menghasilkan generasi baru yang membudayakan inovasi dalam semua aspek.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) esok.

Ketika mengumumkan Bajet 2010, Najib telah menyatakan bahawa kewujudan satu model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan aktiviti tambah nilai yang akan menggandakan pendapatan per kapita rakyat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Pada saya pelancaran ini adalah satu perjalanan dalam membudayakan inovasi, dan jika masyarakat itu membudayakan inovasi, ia akan dapat meningkatkan ekonomi dan seterusnya daya saing," kata Rahmah.

Menurutnya, penting program itu perlu diadakan secara berterusan dan tidak harus berhenti separuh jalan bagi memastikan negara mendapat hasil daripada apa yang telah dijalankan.

"Kalau kita kata program ini akan meningkatkan inovasi di kalangan generasi muda, mereka boleh mula di sekolah. Tapi kalau program ini mati selepas ini, macam mana nak ada kelestarian," katanya.

Rahmah berkata, pembudayaan inovasi penting bagi memastikan ia memberi kesan ekonomi yang tinggi.

Beliau juga berkata, program Permata Pintar yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berupaya memupuk dan meningkatkan daya kreativiti pelajar dan melahirkan generasi muda yang membudayakan inovasi dan kreativiti.

Katanya, ia boleh diperluaskan dan diterapkan sebagai modul di sekolah di seluruh negara.

Rahmah berkata, terdapat kanak-kanak pintar di sekolah tetapi tiada program yang membuat mereka dapat berdaya saing.

"Mungkin mereka ini kadang-kadang rasa tiada cabaran, tetapi jika ada modul seperti ini di sekolah dan ada guru khas untuk mengajar mereka, jadi di situ setiap sekolah akan ada inovasinya.

Menurut beliau, sekolah perlu mempunyai modul sesuai untuk pelajar dan ianya perlu bersesuaian dengan keupayaan mereka sendiri.

"Tidak semua pelajar pintar di sekolah. Jika ada modul untuk pelajar pintar mereka akan dapat perhatian, mungkin ada inovasi untuk pelajar biasa tapi kena ikut tahap masing-masing," katanya.

Beliau berkata, program dikenali "Blue Ocean Strategy" perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat terutama ahli perniagaan untuk menjayakan inovasi ini agar mereka lebih berdaya saing dan tidak tertumpu pada sesuatu bidang sahaja.

Misalnya, jika peniaga hanya menumpukan pada perniagaan tertentu sahaja, lama-kelamaan ia akan menjadi 'red ocean' (bermaksud terlalu banyak saingan dalam perniagaan).

"Jadi bila guna strategi ini (blue ocean), anda akan menjadi pemain tunggal, sehingga orang lain meniru anda pulak. Jadi bila kita menjuarai sesuatu, kita memonopoli perniagaan yang seterusnya meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Menurutnya, produk yang dihasilkan juga mampu berdaya saing dan mendapat sambutan kerana tidak ada orang lain yang membuatnya.

"Contohnya perladangan kelapa sawit...sekarang perniagaan tersebut sudah red ocean (banyak saingan) sebab Indonesia, Vietnam dan negara lain dah tanam. Sekarang kita kena fikir produk dari kelapa sawit yang orang tak pernah buat lagi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?