Bantahan Awal Mohd. Asri Gagal

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang dituduh mengajar agama tanpa tauliah hari ini gagal mengetepikan permohonan semakan oleh pendakwa syarie berhubung keputusan mahkamah itu yang menolak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain petang ini menetapkan 9 Mac untuk perbicaraan.

Beliau memperuntukkan tiga minggu untuk semakan kehakiman bagi membolehkan pihak pendakwaan memindahkan kes dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Dalam prosiding Mohammad Adip berkata, beliau bersetuju hak kebebasan orang Muslim untuk mengajar Islam.

Katanya, ini kerana terdapat banyak nas yang membenarkan perkara itu lebih-lebih lagi orang yang telah mendapat pendidikan tinggi dalam Islam.

"Tetapi saya berpendapat Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 perlu untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti penyalahgunaan kebebasan sehingga merenggangkan masyarakat.

"Oleh itu, Seksyen 119(1) tidak bercanggah dengan Artikel 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen itu merangkumi kesalahan-kesalahan rukun Islam dan tidak bercanggah serta konsisten dengan hukum syarak.

"Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini... dengan itu, bantahan awal responden (Mohd. Asri) ditolak," katanya.

Mohd. Asri didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah di rumah No 2, Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, dekat sini, antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November tahun lalu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia diwakili oleh peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Lokman Mohd. Jamal Sulaiman.

Para penyokong Mohd. Asri yang hadir di mahkamah termasuk bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar.

Mohammad Adip memberitahu, Mahkamah Majistret biasanya berhak membicarakan pendakwaan berkaitan dengan mana-mana kesalahan.

Bagaimanapun jelasnya, kes tersebut berhak didengar di Mahkamah Syariah kerana tiada peruntukan Seksyen 119 untuk didengar di mahkamah lain.

Notis bantahan awal difailkan 10 Disember tahun lalu.

Pada 6 Januari lalu Kamar Ainiah berkata, pertuduhan terhadap Mohd Asri, 38, mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 melanggar undang-undang Perlembagaan Persekutuan.

Ia membabitkan Artikel 10 iaitu kebebasan untuk beragama dan mengembangkan agama serta Artikel 11 yang memperuntukkan hak kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat.

Artikel Sebelum

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain