suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak ADUN Sungai Tiang Maut Dilanggar Kereta

ALOR SETAR: Kanak-kanak 12 tahun yang maut dirempuh kereta semasa melintas jalan di Jalan Kuala Kedah semalam, adalah anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob.

Syed Arif Syed Afandi Barakhbah merupakan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Perempa, Alor Setar.

Semasa kejadian semalam, identiti kanak-kanak yang dilanggar dan mati di tempat kejadian itu tidak dikenalpasti.

Dalam kejadian pada jam 8 pagi semalam, sebuah kereta merempuh kanak-kanak itu yang menunggang basikal ketika dia melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, di sini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Albukhary di sini pada kira-kira jam 11 pagi ini.

Suraya, yang ditemui di kediamannya di sini enggan memberikan kenyataan atau bercakap dengan pemberita.

Sementara itu, Ketua Trafik Kota Setar, Deputi Supritendan Mohd Sham Abdullah berkata, pemandu kereta terbabit iaitu seorang wanita berusia 20-an membuat laporan di bahagian Trafik Kota Setar tidak lama selepas kemalangan.

Menurutnya, wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain