suria

Nak jual rumah tapi tak laku, Iqram Dinzly kusut cari jalan elak muflis

PELAKON Iqram Dinzly berkata dia memerlukan hampir RM30,000 bagi mengelakkan dia diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Iqram ia berpunca daripada kegagalannya melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000.

Susulan itu dia sedang berusaha untuk menjual sebuah unit kondominium miliknya di Petaling Jaya bagi membayar hutang berkenaan.

Iqram Dinzly gagal menjual rumahnya yang terletak di Petaling Jaya

“Saya nak jual rumah yang saya diami sekarang namun sehingga kini tiada siapa menunjukkan minat untuk membeli rumah tersebut," katanya kepada mStar Online.

Notis muflis disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara ini, Iqram berkata dia menerima notis mengenai pembayaran cukai pendapatan sejak tiga tahun lalu dengan jumlah asal RM200,000.

Jumlah itu berdasarkan kiraan sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.

Luahan Iqram di Instagram

Selepas rayuan, jumlah itu dikurangkan sehingga RM67,000 namun ia kembali meningkat kepada RM77,000 kerana gagal membuat sebarang pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Untuk rekod, seseorang individu boleh diisytiharkan muflis jika mempunyai hutang sebanyak RM50,000.

iqram dinzly


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi