suria

Khai Bahar belanja lagu 'Luluh' sambil tunjuk bakat main keyboard dalam bilik

SEBAGAI seorang penghibur, Khai Bahar juga tidak ketinggalan berhadapan tekanan perasaan.

Namun masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk melegakan tekanan terutama dengan melakukan aktiviti yang mampu menenangkan fikiran.

Bagi Khai dia memilih untuk bersendirian di rumah sambil meluangkan masa bermain alat muzik secara santai dan bermain permainan video.

Khai menjadikan salah satu bilik di rumahnya sebagai lokasi untuk melakukan aktiviti tersebut.

Malah ia juga menjadi lokasi pilihan Khai untuk melayan para peminatnya di laman sosial ketika waktu lapang.

"Sini lah bilik saya berbual dan berinteraksi dengan peminat di Instagram. Kalau rasa bosan saya akan main beberapa lagu menggunakan keyboard ini.

"Saya juga buat bermain gitar dan menyanyikan lagu cover di bilik ini.

"Kiranya ini bilik rahsia dan tempat saya melepaskan tekanan dan dalam masa sama membuat latihan vokal dan nyanyian," katanya.

Dalam masa yang sama, Khai sempat 'belanja' lagu popular nyanyiannya berjudul Luluh untuk penonton mStar Online.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Khai Bahar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi