Pengetua madrasah terkejut tumbung kelapa dari Gunung Jerai membesar umpama orang pakai tengkolok

Pelik... Tumbung kelapa yang sudah berusia lebih 10 tahun berbentuk seperti kepala manusia yang memakai tengkolok.

BATU lebih kurang sebesar telapak tangan kanak-kanak ini kelihatan aneh. Berwarna putih seakan-akan batu kapur, ia mempunyai tunas sepanjang hampir empat sentimeter.

Yang pelik, tunasnya itu seakan-akan wajah manusia memakai tengkolok.

“Asalnya benda ni ialah tumbung kelapa. Ada juga yang panggil geliga kelapa. Semasa mula-mula saya temui lebih 10 tahun dulu, ia berupa hanya seketul batu kecil.

"Tapi lama kelamaan saiznya makin bertambah dan tunas mulai tumbuh dengan rupa aneh begini,” kata pemilik geliga kelapa ini, Ustaz Jamil Hussain.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara dengki... Ibu merana cekik diri sendiri, ayah keluar bilik berwajah pucat

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap sungguh makan nasi goreng percuma... esoknya lalu hanya ada semak tepi lebuh raya

Menurut beliau yang juga merupakan pengetua Madrasah Kota Tauhid di Kalumpang, Selangor, tumbung itu ditemuinya lebih 10 tahun yang lalu, sewaktu dia dan beberapa rakannya sedang berguru dengan seorang alim ulama di Gunung Jerai, Kedah.

Ustaz Jamil memberitahu tumbung itu ditemuinya lebih 10 tahun lalu.

“Masa itu lebih kurang pukul 1 pagi. Ada satu upacara untuk kami diuji berdekatan dengan kawasan batu kapal di puncak gunung itu. Sebiji kelapa yang dibawa dihempaskan ke tanah hingga pecah,” cerita Ustaz Jamil.

Ketika kelapa itu berderai pecah, Ustaz Jamil perasan ada satu objek yang agak bersinar keluar dari kelapa itu. Apabila diamati, ia rupa-rupanya adalah tumbung kelapa tersebut.

Entah kenapa, hatinya kuat menyuruh untuk mengambil tumbung yang seperti sebiji batu kecil itu. Ia dibawa pulang dan disimpan dalam sebuah kotak kecil.

Selepas itu, Ustaz Jamil seakan-akan terlupa dengan tumbung itu sehinggalah beberapa tahun kemudian, dia teringat semula.

Ada sanggup bayar jutaan ringgit kerana ia dikatakan boleh dijadikan 'ibu duit' atau 'penarik' harta karun. Tapi saya enggan menjualnya kerana tidak mahu ia digunakan untuk amalan yang salah.

USTAZ JAMIL HUSSAIN 

PENGETUA MADRASAH KOTA TAUHID

“Setelah bertahun-tahun menyimpannya, saya tergerak hati nak melihatnya semula. Bila saya buka semula kotak tu, saya terkejut kerana rupa tumbung itu dah berubah.

"Ia semakin besar, keras dan tak ubah seperti batu. Lebih aneh ia bertunas dan rupa tunas itu pula seperti orang yang memakai tengkolok.

“Saya tak tahu apa fungsinya. Saya tunjukkan pada rakan-rakan dan tiada yang tahu apa kegunaannya. 

"Ramai juga yang tawarkan hendak membelinya, tapi waktu itu saya belum terbuka hati hendak menjualnya. Walaupun saya bukan penggemar barang-barang pelik, tapi saya simpan saja tumbung aneh ini,” jelasnya lagi.

Ketika itu ramai yang menawar hendak memiliki tumbung itu. Bahkan, ada yang sanggup membayar jutaan ringgit kerana kata mereka, tumbung ini boleh dijadikan ‘ibu duit’ atau sebagai ‘penarik’ harta karun.

Disebabkan itu juga Ustaz Jamil enggan menjualnya kerana tidak mahu ia digunakan untuk amalan yang salah.

Tumbung kelapa normal yang mempunyai rasa enak jika dimakan.

Dia juga teringat pesan seorang ulama yang ditemuinya yang menyuruhnya jangan terburu-buru untuk menjual tumbung ini. Tunggu sampai satu ketika apabila firasat datang.

Kata Ustaz Jamil, kesibukannya dengan kuliah dan kelas agama membuatkan dia terlupa tentang tumbung itu. Baru-baru ini, Ustaz Jamil agak sibuk dengan perancangan untuk membina sebuah madrasah baharu bagi golongan pelajar lelaki.

“Nak bina madrasah perlukan dana yang besar. Ketika sibuk mencari dana inilah, saya mendapat firasat dari mimpi, tumbung ini boleh menjadi maharnya.

"Jika ada yang sudi membelinya, hasil jualan itulah yang akan saya gunakan untuk membangunkan madrasah baru kelak,” kata Ustaz Jamil yang berharap impiannya untuk menubuhkan sebuah lagi madrasah akan tercapai.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di [email protected]
Tumbung Kelapa, Mistik, Misteri

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain