Sedap sungguh makan nasi goreng percuma... esoknya lalu hanya ada semak tepi lebuh raya

Pengalaman makan nasi goreng kampung di tepi lebuh raya membuatkan Afieq trauma.

ORANG tua-tua sering berpesan, kalau nak memulakan perjalanan jauh dengan memandu seelok-elokya biarlah selepas waktu Subuh atau di awal pagi hari.

Ini kerana perjalanan menjelang ke tengah malam terdedah dengan pelbagai kemungkinan termasuklah bakal berdepan dengan pelbagai faktor keselamatan.

Mungkin bukan itu sahaja, sebaliknya perjalanan pada waktu malam sering diganggu dengan perkara di luar jangkaan.

ARTIKEL BERKAITAN:  Dapat ‘call’ dari bilik tak berpenghuni, dengar bunyi nafas dan angin… Bekas staf dedah gangguan tingkat 5 hotel di Penang

ARTIKEL BERKAITAN: “Akak perasan orang belakang Erin tak ada kepala” - Bahu wanita ini terus ‘berat’, chat tentang Boomerang misteri ter‘delete’ sendiri

Perkongsian seorang pemuda yang berdepan dengan situasi menakutkan, mengukuhkan lagi pesanan orang tua-tua itu.

Menurut Mohd Afieq Shamsudin, 26, yang bekerja di Seremban, menjadi rutin hidupnya akan berulang alik ke rumah keluarganya di Petaling Jaya, Selangor setiap dua hari sekali.

Sejak dua tahun lalu, itulah aktiviti Afieq memandangkan dia kini bertugas sebagai arkitel di sebuah syarikat swasta di Negeri Sembilan itu.

Afieq ternampak kawasan tempat makan di tepi lebuh raya baharu dari Seremban.

Seperti biasa, sebaik sahaja kerjanya selepas di pejabat, setiap hari Selasa malam dia akan pulang ke rumah orang tuanya.

"Saya memang tidak boleh lama berjauhan dengan keluarga. Lagipun saya anak tunggal lelaki daripada dua orang adik beradik.

"Biarpun ibu sering menasihatkan saya supaya balik pada hujung minggu sahaja kerana bimbang akan penat memandu walaupun jarak Seremban- Petaling Jaya hanya lebih kurang dua jam perjalanan.

Sebab itu ayah azankan saya. Sebaik sahaja mereka habis cerita, saya terus berlari ke bilik air dan muntah.

MOHD AFIEQ SHAMSUDIN

ARKITEK

"Mula-mula dulu saya hanya balik seminggu sekali, tetapi bosan pula sebab kawan-kawan di PJ. Jadi Sejak tahun  lalu, saya sanggup berulang alik dua kali seminggu kalau tidak terlalu sibuk," ujar Afieq memulakan bicara kepada mStar.

Mata mengantuk

Menurut Afieq tiga bulan lalu dia berdepan dengan pengalaman menakutkan buat pertama kali sepanjang ulang alik dari Seremban.

"Hari tu saya habis kerja agak lewat sedikit, lebih kurang pukul 10.30 malam. Badan macam sudah penat dan mata mengantuk, tetapi memandangkan esoknya hari cuti, saya tetap gagahkan untuk pulang.

"Saya terus start enjin kereta dan bergerak pulang. Biasanya saya akan ikut laluan biasa Nilai-Bangi, tetapi malam tu saya pilih lebuh raya alternatif. Kata orang lebih cepat.

"Selepas 20 minit memandu, tiba-tiba perut saya terasa lapar. Rupa-rupanya saya terlupa untuk makan malam di pejabat sebelum keluar.

"Jadi sambil memandu saya melilau kiri dan kanan, 'kot-kot' ada RNR yang masih beroperasi. Dan memang rezeki saya, apabila ternampak deretan kedai di tepi lebuh raya itu.

"Masa tu tak fikir lain dah sebab terlalu lapar, jadi saya terus berhenti," katanya.

Pemandangan lebuh hraya pada waktu siang.

Makan nasi goreng kampung

Sebaik sahaja tiba di tempat makan itu, Afieq memberitahu dia melihat ramai orang sedang menjamu selera.

"Ketika itu masing-masing hanya tertumpu kepada makanan sendiri. Peliknya, semua orang memakai baju putih dan yang lelaki pula berkopiah.

"Saya hanya lihat sekilas pandang dan terus memanggil pembantu kedai makan. Saya terus 'order' nasi goreng kampung dan kopi o ais. Tak sampai sepuluh minit pesanan saya dah sampai. Saya hanya tersenyum kepada pembantu kedai itu sebab gembira makanan dah ada depan mata.

"Tanpa cakap banyak, saya terus makan. Dalam hati berkata 'sedapnya nasi goreng ni'. Memang tak pernah rasa sedap macam tu.

"Lebih kurang 15 mini berada di situ, jam pula menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam, saya pergi ke kaunter dan mahu bayar makanan.

"Saya tanya berapa, pakcik di kedai tu hanya diam dan angguk kepala.

"Lepas tu dia cakap malam ni tak perlu bayar sebab memang ada kenduri. Saya pun hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih... dan berlalu pergi," jelasnya.

Muntah

Selepas 10 minit memulakan kembali perjalanan, tiba-tiba telefon Afieq berdering.

"Rupa-rupanya ibu yang 'call'. Dia tanya saya dah sampai mana sebab dah dekat pukul 2 pagi belum sampai.

"Saya pun beritahu yang singgah makan dan bagitau ibu masa tu baru 12 tengah malam.

"Saya tengok sekali lagi jam di tangan rupa-rupanya betul dah pukul 2 pagi. Masa tu tiba-tiba bulu roma saya meremang dan terus pecut kereta.

"Lebih kurang 45 minit kemudian saya tiba di rumah. Masa tu ibu dan ayah dah ada depan rumah, tunggu saya. Dan saya ceritakan kepada mereka apa yang berlaku.

Afieq memesan nasi goreng kampung sebagai hidangan makan malamnya.

"Saya keluar kereta dan ayah azankan saya perlahan-lahan serta menyuruh saya basuh kaki. Mereka hanya diam... dan kami masuk ke rumah.

"Esoknya selepas subuh, baru ibu dan ayah cerita bahawa mereka memang tak sedap hati.

"Malah sebaik sahaja nampak saya tiba di perkarangan rumah, ibu nampak di atas kereta saya seperti ada lembaga.

"Sebab itu ayah azankan saya. Sebaik sahaja mereka habis cerita, saya terus berlari ke bilik air dan muntah.

"Sebab kejadian itu, saya demam seminggu," jelasnya yang mengakui serik menggunakan lebih raya itu.

Tambah Afieq, tidak ada kedai makan seperti yang dilihat di tepi lebuh raya itu tetapi yang ada ialah semak samun sahaja.

"Sehingga sekarang saya masih trauma dengan 'nasi goreng kampung'. Tak tahu apa sebenarnya yang saya makan," katanya yang kini sudah berpindah kerja di Kuala Lumpur.

Peristiwa yang berlaku itu akan membuatkan Afieq berhati-hati agar kejadian serupa tidak terus berulang.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Lebuh raya, Seremban, RNR, makan, jembalang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah

Ibu Chef Zam meninggal dunia akibat pneumonia