SEORANG individu bertanya sama ada amalan mengurangkan pengambilan gula atau 'cut sugar' boleh digantikan dengan makan buah-buahan. Pakar Jantung, Dr Onn Akbar Ali dalam satu hantaran video [Tonton Video] menjelaskan bahawa amalan makan buah-buahan boleh membantu mengurangkan paras gula, namun terdapat beberapa perkara asas yang perlu difahami mengenai jenis gula dan kesannya terhadap tubuh. 1. Jenis gula dalam buahBuah-buahan mengandungi dua jenis gula semula jadi iaitu glukosa dan fruktosa.Glukosa yang terkandung dalam buah boleh digunakan terus sebagai sumber tenaga.Manakala, fruktosa pula ialah gula semula jadi dalam buah, madu dan sayuran yang memberikan rasa manis.2. Fruktosa tidak digunakan terus sebagai tenagaMenurut Dr Onn, fruktosa tidak berfungsi sebagai sumber tenaga langsung kerana tubuh tidak boleh menggunakannya secara terus. Sebaliknya, fruktosa akan diproses oleh hati dan jika diambil berlebihan, ia akan ditukarkan kepada lemak.Dr Onn menyarankan untuk makan epal hijau yang rendah gula. -Gambar hiasan AI3. Risiko pengambilan fruktosa berlebihanDr Onn menjelaskan bahawa pengambilan fruktosa yang tinggi boleh menyebabkan beberapa risiko, termasuklah:a. Peningkatan lemak dalam hati (fatty liver)b. Paras asid urik meningkat kerana proses penukaran fruktosa kepada lemak menghasilkan asid urik3. Risiko gout jika asid urik terlalu tinggiOleh itu, fruktosa walaupun semula jadi tetap perlu diambil dengan kawalan.4. Apakah buah yang lebih sesuai?Dr Onn menyarankan pengambilan buah yang tinggi serat tetapi rendah gula seperti:a. Epal hijaub. Limauc. StrawberiBuah yang tinggi gula dan rendah serat mudah menaikkan paras gula, termasuk:a. Durianb. Manggac. PisangMenurut Dr Onn, buah berwarna kuning atau oren lazimnya mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi.5. Buah dibuat jusDr Onn menegaskan bahawa buah sebaiknya dipotong dan dikunyah, bukan dijadikan jus.Ini kerana proses membuat jus menghilangkan atau mengurangkan serat, menyebabkan gula diserap lebih cepat serta membuatkan seseorang mengambil jumlah buah dan gula yang lebih banyak tanpa sedarKeadaan ini sukar untuk kawalan diabetes dan boleh meningkatkan berat badan.