suria

Dah tiba masa rakyat Malaysia kurangkan makan 5 sarapan popular dan enak tak terkata ini, kesihatan lebih penting!

Elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi gula dan minyak. -Gambar hiasan AI

DALAM kesibukan melakukan rutin pagi, kebanyakan individu memilih sarapan yang cepat dan mudah tanpa mengambil kira kandungan nutrisinya. 

Realitinya, banyak menu sarapan yang mengenyangkan mempunyai tinggi kadar kalori, gula dan minyak, sekali gus memberi kesan langsung kepada kesihatan tubuh. 

Keletihan yang dialami sepanjang hari sering disalah anggap berpunca daripada beban kerja, sedangkan hakikatnya ia mungkin bermula dengan pilihan menu sarapan.

Menurut Public Health Malaysia, terdapat lima jenis sarapan pagi yang perlu dikurangkan kerana berisiko meningkatkan risiko obesiti, diabetes serta penyakit jantung jika diamalkan secara berterusan.

1. Nasi lemak kukus dengan sambal berlebihan

Tinggi lemak tepu daripada santan serta kandungan gula daripada sambal, menjadikan ia sarapan berkalori tinggi jika diambil dalam 'portion' besar.

2. Roti canai dan kuah kari pekat

Gabungan tepung putih, minyak dan santan menyebabkan lonjakan gula dalam darah sehingga seseorang cepat rasa mengantuk selepas makan.

Pemilihan jenis makanan ketika sarapan penting supaya tidak menjejaskan kesihatan. -Gambar hiasan AI

3. Mi goreng mamak

Mengandungi gula tinggi tersembunyi dalam sos dan minyak, menyebabkan badan cepat lesu dan lapar semula.

4. Kuih-muih manis tradisional

Walaupun bersaiz kecil, kandungan gula dan santannya tinggi kerana tiga biji kuih sahaja boleh menyamai gula dalam segelas air manis.

5. Minuman manis (teh tarik, coklat dan kopi)

Merupakan penyumbang utama gula harian yang sering tidak disedari kerana secawan air ini lebih tinggi kalori daripada makanan berat.

Pengambilan makanan tinggi kalori, gula dan lemak secara berterusan tidak memberi kesan segera, sebaliknya secara perlahan dan senyap 'makan diri' (kesihatan) kita. 

Lama-kelamaan, ia menyumbang kepada keletihan kronik, kenaikan berat badan dan gangguan kesihatan menyebabkan badan mudah lemah.

Artikel Lain