suria

Realiti, bukan cerpen! Isteri dedah kehidupan suaminya, doktor ‘on call’ bertugas di luar kebiasaan individu normal - “Hilang 2 liter darah...”

Seorang petugas kesihatan mengendalikan pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan. - gambar hiasan Foto AP

KERJAYA sebagai doktor bukan semudah yang disangka, apatah lagi mereka yang perlu bertugas secara 'on call' di hospital.

Segelintir masyarakat mungkin beranggapan tempoh kerja doktor bertugas adalah sama seperti profesion lain di pejabat selama lapan hingga 10 jam.

Namun, jadual kerja mereka bukan sahaja bergantung pada syif sama ada pagi, petang atau malam, tetapi perlu bekerja secara 'on call' iaitu kerja lebih masa yang bermakna doktor boleh bekerja lebih lama iaitu 24 jam atau lebih tanpa henti.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pesakit datang hospital buat kejutan, doktor semakin sedar kematian sangat dekat dengan manusia

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami dituduh pembunuh" - Doktor kongsi tak mudah berdepan saat kematian, sampai satu tahap perlu patuh pada ketentuan

Kekerapan 'on call' bergantung kepada jumlah pegawai perubatan (MO) di sesebuah bahagian atau jabatan dalam sebulan, serta mengikut kes dan keadaan tertentu.

Bayangkan jika kita yang bukan dalam kalangan doktor tidak mempunyai tidur yang cukup dalam sehari boleh menyebabkan kepenatan atau sakit kepala, apatah lagi doktor yang bekerja lebih 24 jam sehari demi menjalankan tanggungjawab mereka.

Seorang doktor berkongsi pengalamannya mengenai suaminya yang juga berkhidmat sebagai doktor, ditugaskan secara on call.



Seorang pesakit yang dirawat. - gambar hiasan

"Semalam suami saya on call, dia masuk kerja jam 8 pagi semalam dan akan sambung bertugas hari ini hingga jam 5 petang.

"Dan lazimnya saya akan selalu tanya dia, 'How was your night last night?' Bagi doktor on call, dapat tidur waktu malam dikira on call yang bagus.

"Kalau tidak, memang tak cukup tidur kena tangani kes," tulis Dr Sakinah Sulong menerusi satu posting di Facebook beliau.

Kami tidak pernah mengaku kami Tuhan. Kami hanya berusaha untuk menyelamatkan nyawa manusia. Walaupun ia bermakna kami kena bertugas di luar kebiasaan manusia biasa.

DR SAKINAH SULONG

Bercerita lebih lanjut, Dr Sakinah yang merupakan pakar perubatan keluarga dimaklumkan oleh suaminya bahawa dia perlu menangani kes seorang pesakit yang mengalami pendarahan.

"(Pesakit) Kehilangan darah dua liter... suara dia (suami) seakan penat. Walaupun sudah bergelar pakar, bagi kes yang complicated, tetap dia kena tangani.

"Maksudnya dia memang tak lena tidur semalam. Inilah cerita benar yang kami, doktor alami. Cerita seharian yang berlaku saban hari bagi doktor on call. Ini bukan cerpen," ujarnya yang berpengalaman bertugas di hospital kerajaan.



Antara perkongsian Dr Sakinah mengenai doktor 'on call'.

Menurut Dr Sakinah, begitulah cabaran menjadi doktor yang perlu berdepan hidup mati manusia saban hari.

"Di saat manusia lain mencemuh profesion ini dan memperlekehkan kerja kami, inilah yang kami lakukan. Mencegah penyakit dan menangani komplikasi untuk menghalang kematian berlaku.

"Kami tidak pernah mengaku kami Tuhan. Kami hanya berusaha untuk menyelamatkan nyawa manusia. Walaupun ia bermakna kami kena bertugas di luar kebiasaan manusia biasa," tambah beliau.

Jelas beliau, orang biasa mungkin tidak pernah menyaksikan kes kehilangan darah mahupun muka bayi kebiruan kerana tersangkut di perineum ibu.

"Anda mungkin tak pernah menyaksikan kehilangan darah 2 liter. Anda mungkin tidak pernah menyaksikan pesakit tercungap-cungap bernafas dek kerana masalah paru-paru atau jantung.

"Sangat mudah anda melabel profesion kami dan meletakkan kami di tapak kaki. Biarlah Allah menjadi saksi, saat perhitungan, jeliknya perkataan dan tohmahan yang anda beri," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain