suria

Pintu tandas ditutup tapi tak dikunci, doktor imbas kisah bayi ditemui mati lemas di rumah pengasuh - “Air sedalam dua inci dah boleh sebabkan bayi lemas”

Menurut coretan Dr Redza di Twitter, si kecil masuk ke dalam tandas sebelum ditemui lemas dalam baldi sewaktu hari kejadian. (Gambar Hiasan).

KISAH kemalangan melibatkan bayi dan kanak-kanak dalam jagaan pengasuh pernah beberapa kali menggemparkan rakyat di negara ini.

Terbaharu, Dr Redza Zainol turut berkongsi kisah mengenai seorang bayi yang lemas di rumah pengasuh menerusi laman Twitter miliknya.

Menurut Dr Redza, tubuh si kecil itu berada dalam keadaan biru dan sejuk ketika dibawa ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Biasa tapi bahaya! Doktor dedah bayi 18 hari maut tak lama selepas mulutnya dicium

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil muntah sampai mata merah berair, puas doktor siasat baru tahu puncanya dari kenikmatan roti telur goyang

"Tak bernafas dan tak bergerak. Tiada degupan jantung kedengaran bila bayi diperiksa.

"Matanya tertutup, mulutnya sedikit terbuka," tulisnya menerusi posting pada Selasa.

Jelas Dr Redza, bayi itu merupakan anak tunggal yang ditinggalkan kepada pengasuh.

Dr Redza berkongsi kisah itu menerusi laman Twitter miliknya.

Tanpa disedari, si kecil masuk ke dalam tandas sebelum ditemui lemas dalam baldi sewaktu hari kejadian.

"Si kecil ni ialah anak tunggal dan dia dijaga oleh pengasuh pada siang hari.

"Pintu tandas di rumah pengasuh walaupun ditutup tapi tak dikunci. Dia masuk ke tandas bersendirian dan nampak baldi yang penuh dengan air.

Empat minit tanpa oksigen sampai ke otak, dah cukup untuk buatkan kerosakan kekal pada otak anak.

DR REDZA ZAINOL

"Ketika dijumpai pengasuh, kepalanya ada di dalam baldi dan kakinya ke atas. Pengasuh terus tarik anak ini keluar, namun kaki, tangan dan mulutnya sudah membiru," ujar Dr Redza.

Jelasnya, mereka juga tidak mengetahui tempoh bayi itu berada dalam baldi sehinggalah ditemui pengasuhnya.

Imbas Dr Redza, dia turut memohon maaf kepada si ibu selepas bayi kecil itu gagal diselamatkan akibat insiden berkenaan.

"Mana tahu pagi itu adalah hari terakhir ibunya lihat dia tersenyum... maafkan saya puan. Anak puan dah tak ada lagi," ujarnya.

Dedah Dr Redza, bayi itu meninggal dunia akibat kejadian berkenaan. (Gambar Hiasan).

Dalam siri tweet itu, Dr Redza turut berkongsi maklumat penting mengenai risiko serta kesan buruk jika bayi lemas.

Dedahnya, air yang masuk ke paru-paru boleh membuatkan organ itu menjadi basah sehingga gagal berfungsi.

"Kepala bayi atau anak kecil yang tenggelam dalam air sedalam dua inci dah mampu buatkan dia lemas. Ia berlaku secara senyap dan pantas.

"Anak yang lemas tak mampu menjerit meminta tolong. Air yang masuk ke dalam paru-paru akan buatkan paru-paru jadi basah dan tak berfungsi lagi.

"Empat minit tanpa oksigen sampai ke otak, dah cukup untuk buatkan kerosakan kekal pada otak anak," jelasnya.

Saran Dr Redza, elak terus pintu tandas supaya tak dimasuki oleh anak kecil dan kosongkan baldi, tong sampah atau apa-apa bekas yang boleh menakung air. (Gambar Hiasan)

Tambah Dr Redza, kita perlu memberi perhatian kepada empat perkara ketika memandikan bayi dan anak kecil bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Pertama, pastikan kita memerhati anak secara sentuhan. Maksudnya sebelah tangan kita sentiasa memegang anak.

"Sebelah lagi tangan untuk kita ambil alatan mandian dan tuala bayi. Dan semua alatan ini mestilah dalam jangkauan tangan kita.

"Susun dulu semua alatan sebelum letakkan bayi di dalam tab atau tempat mandian bayi. Jangan tinggalkan anak sendirian atau tinggalkan anak untuk dijaga oleh anak kecil lain walaupun sekejap.

"Penutup tempat duduk tandas ditutup sepanjang masa. Kepala anak kecil yang dah pandai berjalan boleh termasuk ke dalam lubang tempat duduk tandas dan lemas secara senyap.

"Sebaiknya, selak terus pintu tandas supaya tak dimasuki oleh anak kecil. Kosongkan baldi, tong sampah atau apa-apa bekas yang boleh menakung air," sarannya lagi.

Selain Twitter, Dr Redza Zainol sering berkongsi pelbagai maklumat berguna buat pengikutnya menerusi Facebook, TikTok dan saluran Telegram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain