suria

Ibu hamil muntah sampai mata merah berair, puas doktor siasat baru tahu puncanya dari kenikmatan roti telur goyang - “Suami pun kena belajar ilmu”

Dr Ahmad Luqman mendedahkan telur yang tak dimasak sempurna berisiko tinggi tercemar dengan kuman Salmonella.

SEBUT sahaja perkataan mengidam, ia biasanya cukup sinonim dengan golongan wanita yang sedang berbadan dua.

Namun harus diingat, tidak semua makanan sesuai menjadi santapan bakal ibu.

Terbaharu, seorang doktor tampil berkongsi kisah mengenai telur menerusi laman Twitter miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu kongsi video di TikTok, doktor perjelas hanya ambil masa seminit siapkan satu video - “Ada orang tanya, saya ni tak ada kerja ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, seorang wanita hamil mengalami muntah-muntah teruk kerana tidak sengaja makan telur mentah daripada hidangan roti telur goyang.

"Sedihnya bila tengok ibu yang tengah mengandung tu termuntah-muntah sampaikan dah tak boleh nak kira berapa kali muntahnya keluar.

"Lagi pula bila nampak dua belah matanya dah merah berair. Punyalah seksa menahan rasa loya.

Dr Ahmad Luqman Bukhari tampil berkongsi ilmu menerusi platform media sosial miliknya.

"Selidik punya selidik, barulah kami tahu rupanya ibu tu dah termakan telur mentah.

"Biasa sangat makan roti telur goyang sejak dari zaman belum mengandung. Tengah hamil pun masih terbawa-bawa lagi tabiat serupa.

Menurut Dr Ahmad Luqman, hidangan itu sememangnya sedap, namun kaum ibu harus waspada dengan kuman Salmonella.

Mana yang normal macam kita ni boleh jadi selamat je bila makan tapi untuk ibu hamil memang bahaya.

DR AHMAD LUQMAN

Malah katanya, sistem imunisasi ibu hamil juga lemah, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seperti itu.

"Betul. Memang nikmat sangat bila dapat jamah telur kuning. Tambah pula yang cair meleleh macam tu.

"Tapi kena tahu juga telur yang tak dimasak sempurna ni berisiko tinggi tercemar dengan kuman Salmonella.

"Ibu hamil antara golongan yang mudah terkena jangkitan teruk akibat penyakit Salmonella Enteritis.

Kata Dr Ahmad Luqman, kuman Salmonella boleh membuatkan keguguran atau kelahiran pramatang.

"Nak buat macam mana, orang mengandung ni sistem imunisasi tubuh mereka tak berapa kuat. Nanti mulalah sakit perut cramping, muntah dan cirit birit teruk," ujarnya.

Selain telur separuh masak, Dr Ahmad Luqman memberi saranan agar ibu hamil berhati-hati dengan beberapa makanan lain.

"Kena hati-hati juga dengan cake icings, salad dressings, scrambled egg dan homemade mayonis. Semua makanan tu biasanya mengandungi telur mentah.

"Mana yang normal macam kita ni boleh jadi selamat je bila makan tapi untuk ibu hamil memang bahaya.

"Paling menakutkan bila jangkitan kuman Salmonella tu buatkan bayi keguguran atau lahir pramatang! Sedih kan kalau jadi macam tu," ujarnya lagi.

Selain telur, ibu hamil harus berwaspada dengan cake icings, salad dressings, scrambled egg dan homemade mayonis.

Tambah Dr Ahmad Luqman, bukan sahaja si ibu, malah suami juga harus peka dengan hal ini.

"Itulah sebabnya kenapa suami pun kena belajar ilmu untuk jaga kesihatan ibu mengandung ni.

"Kalau tak ada ilmu, takut-takut kita tak berjaya nak laksanakan tanggungjawab untuk protect isteri yang tengah hamil tu," katanya lagi.

Untuk rekod, Dr Ahmad Luqman merupakan doktor perubatan di Hospital Tunku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan.

Selain Twitter, beliau turut berkongsi pelbagai info kesihatan bermanfaat menerusi saluran Facebook, Telegram dan TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak