suria

“Kami dituduh pembunuh” - Doktor kongsi tak mudah berdepan saat kematian, sampai satu tahap perlu patuh pada ketentuan

Seorang petugas kesihatan melihat pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan. Foto AP

SETIAP makhluk yang hidup pasti akan mati kerana ajal maut itu ketentuan Tuhan.

Begitu juga doktor, mereka juga hanya mampu merawat pesakit sehabis baik dengan harapan diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala.

"Doktor bunuh ayah saya!"

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau sambung mesin mak saya akan mati ke?" - Kadar survival di China rendah, kesan meracau sehingga setahun... doktor perjelas fungsi ventilator

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri, geli tolak tepi! Doktor kongsi kisah jolok hidung, anak tekak buat ujian Covid-19 - "Segala lubang, muntah kami kena hadap"

Barangkali itu yang diperkatakan oleh seorang anak yang tidak dapat menerima takdir bapanya yang dirawat telah meninggal dunia.

Namun luahan seorang doktor menyedarkan kita tidak boleh melawan takdir Allah.



Keadaan pesakit yang terlantar di ICU. Gambar hiasan/Foto AP

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samran, beliau merujuk kepada keadaan pesakit sedang tenat dan tiada harapan untuk sembuh.

"Andaikata kami tak mampu untuk selamatkan pesakit, kami dituduh pembunuh. Bukan sesuatu yang mudah untuk kami.

"OK, 'biarkan pesakit pergi. Kita dah cuba sehabis baik'... mudah di mulut tapi berat di hati," katanya menerusi posting di halaman Facebook beliau.

Jauh di sudut hati, doktor dan petugas kesihatan lain sebenarnya amat bersimpati dengan keadaan pesakit yang sedang tenat atau hampir menemui ajal.

Semua ubat untuk 'paksa' jantung berdenyut dimasukkan. Urat dicucuk berkali-kali untuk ambil darah disebabkan urat yang mengecut. Memang kasihan.

DR AHMAD SAMHAN

Mungkin itu keadaan yang dialami pesakit yang terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan atau ventilator.

"Kami juga kasihan pada pesakit, bila ditekan dada berkali-kali hingga bunyi kepatahan tulang rusuk. Apatah lagi melihat mulutnya tersembur dengan darah akibat paru-paru yang tercedera.

"Semua ubat untuk 'paksa' jantung berdenyut dimasukkan. Urat dicucuk berkali-kali untuk ambil darah disebabkan urat yang mengecut. Memang kasihan," ujar Dr Ahmad Samhan.



Petugas kesihatan menjalankan saringan Covid-19 ke atas orang awam. Gambar hiasan/Foto Bernama

Bagi doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu, mereka bertungkus-lumus untuk berusaha menyelamatkan pesakit.

"Kami sedaya upaya berusaha. Sampai satu tahap kami pun terpaksa patuh dengan ketentuan ilahi.

"Kami cuma merawat yang menentukan sama ada pesakit terus hidup atau tidak adalah Allah," tambahnya.

Walaupun perkongsian beliau tidak mengaitkan dengan pesakit Covid-19, namun nasihatnya supaya duduk di rumah untuk menjaga kesihatan, menjadi saranan terbaik ketika dunia dilanda wabak yang membawa maut itu.



Dr Ahmad Samhan berkongsi kisah mengenai pesakit yang dirawat tidak dapat diselamatkan. Foto Facebook Ahmad Samhan

Sebagaimana saranan Ketua Pegarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah supaya orang ramai terus berada di rumah kerana ia adalah tempat paling selamat ketika ini bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Susulan kisah yang dikongsikannya, Dr Ahmad Samhan berkata, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

"Rawatan yang terbaik adalah mencegah barulah dirawat dengan ubat-ubatan. Jaga kesihatan, duduk rumah dan jangan degil. Kita jaga kita," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p
bunuh, doktor, ICU, ventilator, HKL,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain