suria

Balik nak ambil barang, sekali rumah bau mayat, penuh ulat! Pelajar tak sanggup nak cuci seorang, tunggu sampai lepas raya

Keadaan peti ais di rumah sewa Adib yang dipenuhi ulat sampah.

SELEPAS Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diberi kelonggaran bermula 4 Mei, pastinya ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing dan ada juga yang sudah mula bekerja.

Tidak terkecuali, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Adib Ayob yang mengambil peluang untuk pulang ke rumah sewanya di Shah Alam selepas hampir dua bulan tinggal di rumah keluarganya.

Dia yang pulang ke rumah sewanya untuk mengambil barang peribadi bagaimanapun berasa tidak sedap hati kerana berfikir akan ada perkara tak diingini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Topeng dah kemek, kotor terkena abu arang” - Kepak ayam tak laku, isteri Pak Mat menangis pelanggan tetap datang bawa sumbangan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pengotor teruk! Tuala wanita dibuang atas lantai, “Dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya”

Ketika dihubungi mStar, pelajar yang mesra disapa sebagai Adib itu memberitahu dia terkejut apabila rumahnya itu terputus bekalan elektrik dan bergegas memeriksa keadaan peti ais di dapur.



Adib merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam.

"Peh! bila saya buka peti ais tu, dia punya busuk macam bau mayat, satu rumah berbau.

"Saya tengok di bahagian pintu dah penuh dengan ulat sampah. Bukan sahaja di tingkat atas, malah di bahagian sejuk beku pun banyak," ujarnya yang terkejut melihat ulat-ulat yang terlalu banyak.

Tambah Adib lagi, ia mungkin berpunca daripada makanan-makanan yang terdapat di dalam peti ais tersebut.

"Kami selalu simpan makanan dalam peti. Maklumlah, orang bujang... kalau masak pun goreng telur dengan roti je.

"Tak banyak pun barang dalam tu, ada la nugget, air mineral dan telur.

"Ada juga kawan saya cakap yang lalat masuk ikut saluran kipas peti ais yang tak berpusing tu, tak tahu la betul ke tidak," beritahu Adib yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal.



Perkongsian Adib mendapat perhatian netizen.

Pada masa sama, Adib juga tidak menyangka ulat membiak terlalu banyak dan tiidak sanggup untuk mencucinya seorang diri.

"Semenjak PKP mula berkuat kuasa, kami semua dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan saya merupakan orang terkahir yang pulang memandangkan rumah saya hanya terletak di Klang sahaja.

"Sebelum keluar rumah memang saya pastikan peti ais menyala kerana ada makanan kami dalam tu.

"Mungkin disebabkan musim hujan ni banyak guruh dan petir yang menjadi punca kepada bekalan elektrik terputus.

"Saya tunggu rakan serumah yang lain untuk balik lepas raya nanti. Memang tak tahan kalau nak cuci seorang," jelasnya.

Saya tunggu rakan serumah yang lain untuk balik lepas raya nanti. Memang tak tahan kalau nak cuci seorang

ADIB

Memandangkan ada antara netizen yang pernah mengalami situasi tersebut, mereka berkongsi petua yang sedikit sebanyak mampu membantu Adib.

"Ada yang suruh saya guna esen vanila, arang dan roti untuk menghilangkan bau busuk tersebut.

"Ramai juga yang suruh saya buang terus.



Adib tinggal bersama keluarganya di Klang, Selangor sewaktu PKP berkuat kuasa tempoh hari.

"Bagi pelajar universiti yang tinggal di rumah sewa, mereka mula risau akan peti ais yang dibiarkan dan tag rakan serumah masing-masing di tweet saya," jelas anak bongsu daripada empat beradik itu.

Perkongsian Adib di Twitter pada Isnin lalu sehingga kini telah menerima hampir 4,000 retweet dan 3,100 tanda suka daripada netizen.

"Tak boleh bayangkan orang pertama yang buka peti ais ni mesti mencicit dia lari," tulis seorang pengguna Twitter.

"Kena pakai PPE ni kalau nak cuci sebab dah jatuh kategori bahaya," ujar seorang pemuda.

"Seriau tengok gambar, sebab tu sebelum tinggalkan rumah kena pastikan makanan dalam peti dah clear, takut nanti tiba-tiba elektrik takde jadi macam ni la," tambah netizen lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
peti ais, sampah, ulat, mayat, busuk,

Artikel Lain