suria

“Aku tak apa... gaji jalan macam biasa” - Pekerja kerajaan ‘panas’ selepas doa kes Covid-19 meningkat di Malaysia, dakwa FB digodam

Posting komen itu menerima kecaman ramai sebelum pemilik Facebook tampil menafikan bahawa ia ditulis olehnya sendiri.

TATKALA semua insan mendoakan wabak Covid-19 berakhir segera, kenyataan seorang individu di Facebook ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Menerusi satu komen tular, individu itu mendoakan kes Covid-19 di Malaysia terus bertambah.

Malah katanya, dia tidak kisah kerana gajinya sebagai penjawat awam tetap berjalan dalam detik getir yang melanda negara ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak lucu! Ahli grup FB masakan popular lapor polis selepas terguris hati foto masakan dihina - “Mereka macam tak puas hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Godam Telefon Bimbit Pemimpin DAP Tindakan Sabotaj - Ramkarpal

"Kami minta sangat-sangat semoga lagi banyak kes baharu bertambah di Malaysia mengalahkan Amerika Syarikat, Indonesia dan Singapura supaya kami semua dapat cuti duduk di rumah dengan happy. Amin.

"Aku tak apa pasal aku kerja kerajaan. Gaji aku berjalan macam biasa, goyang kaki sebulan pun dapat RM1,000 lebih.

"Orang yang kerja swasta atau berniaga je yang banyak menggelupur sebab duit tak masuk. Nasib koranglah.

Salinan laporan polis yang dibuat pada Ahad.

"Rata-rata yang me***lak pun orang Melayu b***h abadi bangsa yang tak pernah bersyukur," tulis individu itu panjang lebar.

Setelah tular dan menerima kecaman netizen, pemilik akaun Facebook Aisar Nazry En Nazry iaitu Mohd Aisamuddin Mohd Nazry tampil memberikan penjelasan.

Saya berharap tuan puan hentikan berita yang tersebar di media sosial, mohon maaf kepada semua. Sekian.

MOHD AISAMUDDIN MOHD NAZRY

PEMILIK FACEBOOK/MANGSA GODAM

Ujarnya, dia mendakwa akaun laman sosial itu digodam oleh individu tidak bertanggungjawab dan menafikan bahawa komen tersebut ditulisnya sendiri.

"Assalamualikum warga Facebook, saya telah pun membuat report mengenai komen saya di page berkenaan, akaun Facebook saya telah digodam oleh orang yang tidak bertanggunjwab.

"Saya berharap tuan puan hentikan berita yang tersebar di media sosial, mohon maaf kepada semua. Sekian," tulisnya di Facebook.

Komen tular yang didakwa ditulis oleh penggodam.

Dalam posting terbaharu itu, dia turut menyertakan satu salinan laporan yang dibuat di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

Menurut perincian dalam laporannya, Mohd Aisamuddin turut berkata dia hadir ke balai polis kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga serta ingin menafikan tuduhan berkenaan.

Posting penafian itu sehingga kini turut menerima lebih 6,200 komen netizen.

Laporan polis dibuat pada Ahad lalu setelah Mohd Aisamuddin mendakwa Facebooknya digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. (Gambar Hiasan).

Malah, sebahagian netizen juga masih kurang percaya bahawa dia menjadi mangsa penggodaman dan terus mengecam Mohd Aisamuddin.

"Asal viral je baru nak sedar cakap kena hack. Lain kali nak post biar fikir dahulu.

"Seronok tak kena maki berjemaah. Tak pasal-pasal kurangkan pahala oranng puasa je kau ni.

"Boringnya drama sekarang. Kutuk lepas tu kena hack," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain