suria

Dihina kerana gigi berterabur, tipu kalau gadis ini tak pernah menangis... kini lebih yakin tonjol diri demi bisnes tudung sendiri

Huna memberanikan diri tampil berbicara dalam penghasilan video di TikTok kerana mahu mencari rezeki dalam bidang perniagaan.

SETIAP individu melalui fasa berbeza dalam mencari kekuatan dalam diri.

Malah, ada dalam kalangan kita yang berhadapan masalah kurang keyakinan sehingga tidak selesa untuk menonjolkan diri di hadapan orang.

Begitu juga dengan gadis ini apabila dia berkongsi kisah perjalanannya dalam mencari keyakinan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau komen body shaming di TikTok, siswa Upsi akui suka tonjol diri untuk tarik pelanggan - “Ramai juga minta petua”

Menurut Nur Huda Husna Juhari, 24, bukan mudah untuk dia menonjolkan dirinya memandangkan dia melalui banyak penghinaan sejak dulu lagi.

"Sebenarnya komen dan teguran mengenai gigi saya dah selalu diterima. Orang pernah tegur kata gigi saya berterabur, gigi tak cantik.

"Dulu waktu kecil saya banyak kena face shamimg, orang kata muka saya macam muallaf, sebab muka saya kelihatan seperti orang Cina.

Huna memulakan perniagaan tudung sendiri sejak dua tahun lalu.

"Memang down sejak kecil, kurang keyakinan dengan orang. Lepas habis sekolah baru saya cuba lawan perasaan itu.

"Kalau nak tunggu sempurna fizikal baru nak yakin, memang tak mungkin. Sampai bila nak tunggu kita sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki? Jadi saya cuba cari keyakinan dalam diri ini," ujarnya.

Menurut gadis Kelantan yang mesra disapa Huna itu, dia memberanikan diri tampil berbicara dalam penghasilan video di TikTok kerana mahu mencari rezeki dalam bidang perniagaan.

Sekarang dah tahun 2021. Tapi masih ada orang yang pandang fizikal. Saya harap orang di luar sana semakin matang.

HUNA

Kata pelajar bidang Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, perkara itu tidak mudah, malah ia berlaku secara berperingkat.

"Pada saya, keyakinan diri ini bukanlah fizikal kita semata-mata. Saya nak cari rezeki, jadi saya buat bisnes tudung sejak zaman degree dua tahun lepas. Saya buat label sendiri.

"Sekarang saya buat master, dalam bidang sama di universiti sama. Masa awal dulu, saya menyorok di sebalik barang yang saya jual.

"Tapi saya fikir, sampai bila nak menyorok? Mula-mula saya buat video guna suara sahaja. Kemudian saya mula tunjuk muka.

Huna kini yakin untuk menonjolkan diri di TikTok.

"Masa tu saya hanya buat tutorial, tapi tak bercakap. Hanya senyum. Nak buat muka comel-comel pun saya tak pandai.

"Lama-kelamaaan saya cuba bersuara dan bercakap di hadapan kamera untuk video TikTok," ujarnya.

Menurut Huna lagi, dia juga tak ambil hati dengan komen negatif tentang giginya memandangkan dia sudah terbiasa dengan perkara itu.

"Pernah sekali video saya viral sebelum ini. Ada banyak kecaman.

"Ada yang kata saya tak perlu sembang, lebih baik betulkan gigi dulu. Tapi saya tak kisah dengan semua komen tu," ujarnya lagi.

Kata Huna, dia sudah terbiasa menerima teguran mengenai giginya sejak sekian lama.

Dedah Huna, selain bisnes tudung, dia juga pernah berniaga produk kecantikan, namun usahanya terhenti separuh jalan kerana kurangnya keyakinan diri pada masa itu.

Dalam pada itu, Huna berharap agar isu face shaming atau penghinaan rupa fizikal tidak berterusan menjadi isu parah di negara ini.

"Sekarang dah tahun 2021. Tapi masih ada orang yang pandang fizikal. Saya harap orang di luar sana semakin matang.

"Jangan hanya pandang fizikal, tapi lihat content yang dihasilkan seseorang idividu itu," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Huna memiliki lebih 70,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Di apliksi itu, ramai netizen turut meninggalkan kata-kata semangat buat Huna dan memintanya mengabaikan segala komen jahat yang diterima.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain