suria

Comel tapi menyentuh hati! Rayuan adik minta kakak baru kahwin ‘balik sekarang’ bikin ramai sebak - “Mereka fikir dia anak saya”

Wardah berpisah dengan adik bongsunya yang diberi gelaran 'Baby' sejak mendirikan rumah pada pertengahan tahun lalu.

BAGAIKAN menjadi kelaziman bagi setiap keluarga, si bongsu pastinya menjadi anak paling manja dalam kesemua adik-beradik.

Begitu juga kisah melibatkan wanita ini yang berkongsi pesanan suara (voice note) adik bongsunya sehingga mengundang sebak netizen.

Menurut Nur Wardah Atiqah Nasri, 23, dia cukup rapat dengan adiknya, Nur Alisha Batrisha, 6, yang juga puteri bongsu dalam keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Padu! Adik mesej 10 abang, kakak sampai kumpul ribuan ringgit... Terbongkar taktik anak bongsu - “Kadang remote sebelah pun suruh ambilkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Imarahkan rumah seperti masjid, adik bongsu tak sedar bilal kacak kelahiran UK sedang rakam video azan - “Dia memang manja”

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bagaimanapun berpisah dengan adik bongsu yang diberi gelaran 'Baby' sejak mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nur Muhammad Amirrul Zainol Abidin, 26, pada pertengahan tahun lalu.

"Saya berpindah ke Pulau Pinang selepas berkahwin. Adik pula menetap bersama mak ayah saya di Kulim, Kedah.

"Biasanya dia akan buat panggilan video dalam tiga kali seminggu setiap kali ayah saya bagi telefon kepadanya.

Wardah bersama adik bongsunya.

"Saya memang rapat dengan dia, dah uruskan sejak dia kecil lagi. Kali terakhir saya jumpa dengannya pada Disember lalu sebelum larangan rentas negeri dikuatkuasakan," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Wardah, dia mengakui tidak sangka video memaparkan pesanan suara adiknya akan menerima hampir sejuta tontonan di TikTok.

Jelasnya lagi, biarpun kedengaran 'comel', rayuan adiknya yang meminta dia pulang ke kampung turut menimbulkan rasa sebak dalam hati.

Pernah ada orang tegur, mereka fikir dia anak saya sebab dia memang manja dan suka berkepit.

WARDAH

"Dia memang manja. Dulu tiap minggu kami akan balik ke Kulim. Kalau balik je mesti dia teruja. Kemudiannya bila saya nak balik ke Pulau Pinang, dia akan diam.

"Masa pertama kali saya nak tinggalkan rumah untuk berpindah ke Pulau Pinang selepas kahwin, dia tak bangun tidur lagi masa tu.

"Tapi saya dah maklumkan kepadanya pada malam sebelum itu. Selepas saya sampai Pulau Pinang, mak beritahu dia menangis cari saya.

Wardah dan suami yang disatukan pada pertengahan tahun lalu.

"Berkenaan video tu pula, saya sekadar suka-suka post video tu di TikTok. Tak tahu pula akan viral. Baru dua jam dah berpuluh ribu tontonan pada hari pertama ia dikongsi.

"Adik bongsu saya tu ibaratnya anak pencen. Ayah saya pencen askar. Yang kedua bongsu pun dah Tingkatan 4. Memang jauh jarak usia dengan si bongsu.

"InsyaAllah nanti dah dibenarkan rentas negeri, saya akan pulang ke Kulim untuk jumpa adik dan keluarga," ujarnya lagi.

Menurut Wardah, dia pernah berdepan detik lucu apabila si bongsu itu disangkakan sebagai anaknya sendiri.

Adik bongsu yang mesra disapa dengan gelaran Baby.

"Saya jarang keluar dengan kawan. Banyak dengan keluarga. Pernah ada orang tegur, mereka fikir dia anak saya sebab dia memang manja dan suka berkepit.

"Saya OK je orang cakap macam tu, sebab memang rapat dari dia kecil lagi. Kalau dengan orang yang dia kenal, memang manja macam tu.

"Dia juga seorang yang periang dan aktif," kata Wardah lagi.

Paparan skrin video tular di TikTok.

Sehingga kini, video dikongsi Wardah menerima lebih 800,000 tontonan.

Dalam video itu, kedengaran suara adiknya yang bertanya mengenai kepulangan Wardah dalam suara yang cukup sayu.

"Akak bila nak balik? Baliklah, adik rindu kakak. Akak baliklah sekarang, adik rindu," ujar adik Wardah seolah merayu-rayu.

"Kak baliklah sekarang. Cakaplah, kan tadi adik cakap, kakak seorang tak cakap kat adik. Malas kawan dengan akak," ujar adiknya lagi.

Video itu turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya sebak dengan kisah seorang adik yang merindui kakaknya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain