“The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

Afrina mengakui tumpah air mata apabila dia menerima komen negatif di Instagram.

BODY shaming atau penghinaan fizikal bagaikan tidak berkesudahan apabila ramai yang masih kurang peka dengan hal itu.

Terbaharu, seorang gadis berusia 19 tahun turut menerima nasib sama sehingga dia terpaksa memadam foto yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Wan Afrina Batrisyia Wan Ahmad Sazli, dia kemudiannya berkongsi foto sama di Twitter dan tidak menyangka akan menerima reaksi berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

ARTIKEL BERKAITAN: Hangat isu body shaming, pemuda albino pertahan tindakan ketika program TV – “Ia cara terbaik... saya ada in the right place, at the right time”

Di laman Twitter, foto itu menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) dan tiada satu pun komen negatif dilemparkan kepadanya.

"Minggu lepas saya post gambar di Instagram. Lepas tu ada seorang kenalan lelaki komen harsh word. The real gajah duduk, dia komen macam tu.

"Sekali-sekala boleh dianggap gurauan, banyak kali rasa annoying. Saya padam komen, block dia dan padam gambar tu.


Afrina berkongsi kisah mengenai dirinya di Twitter.

"Dua hari kemudian saya post semula di Twitter, terkejut bila blow up. Ramai yang bagi kata-kata semangat. Tak ada seorang pun yang kutuk," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Afrina, dia mengaku air matanya mengalir saat membaca komen kenalannya itu tempoh hari.

Kata Afrina, dia berharap lelaki itu agar lebih berhati-hati dalam bergurau supaya tidak menyakiti hati sesiapa.

Saya cuma nak cakap kepada mereka yang senasib dengan saya, pedulikan apa orang cakap. Jadi diri sendiri.

WAN AFRINA BATRISYIA WAN AHMAD SAZLI

"Saya terfikir, kenapa orang di Twitter yang tak kenal saya boleh bagi komen baik-baik?

"Tapi kenalan saya sendiri buat macam tu. Saya baca komen di Twitter sambil tersenyum. Bagi semangat pada saya.

"Kepada lelaki itu, janganlah terlampau over sangat bergurau. Tulis di Instagram, orang boleh baca.

Afrina gembira dengan komen positif yang diterima di Twitter.

"Jangan semua tempat nak bergurau," ujar anak kelahiran Johor Bahru itu.

Kata Afrina lagi, ramai juga yang turut menghantar mesej kepadanya menerusi Twitter untuk berkongsi pengalaman sama.

"Saya cuma nak cakap kepada mereka yang senasib dengan saya, pedulikan apa orang cakap.

"Jadi diri sendiri. Kita hidup bukan untuk puaskan hati orang lain," katanya mengakhiri bicara.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar kereta rempuh pagar Masjidil Haram