Dua beradik disalah anggap kekasih, di rumah selalu ‘berperang’ sebab perangai ‘masuk air’ abang - “Dia peluk saya lama, rupa-rupanya...” - Viral | mStar

Dua beradik disalah anggap kekasih, di rumah selalu ‘berperang’ sebab perangai ‘masuk air’ abang - “Dia peluk saya lama, rupa-rupanya...”

Dek kerana hubungan rapat kedua adik beradik ini, ramai sering tersalah anggap bahawa mereka kelihatan seperti pasangan kekasih.

BAGAI isi dengan kuku.

Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan akrab sepasang adik beradik ini.

Dek kerana perbezaan umur yang tidak terlalu jauh, ramai tersalah anggap bahawa gadis manis ini dan abangnya merupakan pasangan kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami rapat tapi masih tahu batas” - Kembar ‘dating’ dilihat over macam bercinta, galak sumbang mahram

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 hari adik tak ada duit belanja, tiba-tiba ‘ibu’ mesej kata angah dah gaji - “Naluri abang, dia nak saya minta”

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang bernama Aleya Shafiqah Aidyshah, 15, ini berkata, tanggapan sedemikian seringkali diberikan setiap kali dia dan abangnya keluar bersama.

“Seringkali kami akan menghabiskan masa bersama-masa apabila cuti. Abang saya, Azlan Shah Aidyshah, 19, kini merupakan penuntut di sebuah kolej di Bangi, manakala saya pula tinggal di asrama di sebuah sekolah swasta di Ampang.

“Jadi pasti jarang bertemu, kecuali apabila cuti. Memandangkan kami hanya dua beradik, memang hubungan dengan abang sangat rapat. Perwatakannya memang gila-gila, annoying, suka mengusik.

“Namun di sebalik sikap tersebut, dia seorang abang yang sangat over-protective, mengambil berat dan menjadi tempat saya berkongsi rahsia,” demikian cerita Aleya.

Aleya dan Azlan Shah sering bergaduh gara-gara sikap abangnya yang suka mengusik.  

Terdahulu, gadis ini memuat naik satu video di laman Twitter, memaparkan gelagat gila-gila abangnya yang ‘bergaduh’ dengan beberapa kanak-kanak.

Video tersebut menjadi tular sehingga meraih 15,500 retweet dan mencatat hingga melebihi 240,000 tontonan, malah turut dihujani komen netizen yang terhibur dengan gelagat abangnya.

“Ketika itu saya, mama dan papa menghantar abang pulang ke kolej. Ada beberapa kanak-kanak yang merupakan ahli keluarga pelajar lain di situ. Entah kenapa dia usik dan ejek kanak-kanak tersebut.

“Jika lihat abang dalam video tu, macam tu jugalah perangainya di rumah. Disebabkan perangai itulah, memang riuh satu rumah dengan suara kami ‘bergaduh’. Tapi sebenarnya, bila salah seorang tak ada, sedih pula sebab rindu,” ujar Aleya.

Kedua-dua adik beradik tersebut seringkali menghabiskan masa bersama-sama setiap kali pulang bercuti di rumah.

Cerita gadis manis ini lagi, abangnya pernah menangis gara-gara merindui dirinya yang tinggal berasingan di sekolah berasrama di Ampang.

“Ketika itu mama menelefon dan beritahu abang rindukan saya. Mama siap rekod secara sembunyi-sembunyi gelagatnya yang sugul dan menangis sebab rindukan saya.

“Ada satu peristiwa lagi, ketika itu saya baru daftar masuk asrama. Mama, papa dan abang hantar. Sebelum berpisah, dia peluk saya lama-lama. Macam pelik juga, kemudian papa cepat-cepat suruh abang masuk dalam kereta. 

"Rupa-rupanya dia menangis dan papa tak mahu saya lihat keadaan abang, bimbang nanti saya pula yang menangis,” ujar Aleya sambil ketawa kecil.

Video dimuat naik Aleya yang memaparkan gelagat gila-gila abangnya menjadi tular dan mencuit hati netizen.

Tambah Aleya, satu kejadian yang pernah berlaku tiga tahun lalu sehingga menyebabkan abangnya terlantar, benar-benar menyedarkan dirinya betapa pentingnya kehadiran pemuda itu dalam hidupnya.

“Ketika itu saya darjah enam. Masa itu nak dekat nak raya. Abang seperti biasa memang suka mengusik. Dia cucuh mercun dan baling kepada kawan-kawannya, sebelum lari cepat-cepat.

“Ketika itulah, sebuah motosikal tak sempat elak lalu melanggarnya. Saya yang duduk di tepi terus terkejut tengok abang jatuh. Keadaannya yang separa sedar masa itu membuatkan saya betul-betul panik dan bimbang hingga menangis melihatnya.

Sebelum berpisah, dia peluk saya lama-lama. Macam pelik, kemudian papa cepat-cepat suruh abang masuk dalam kereta. Rupa-rupanya dia menangis. 

ALEYA SHAFIQAH AIDYSHAH

“Akibat insiden itu, abang patah kaki dan terlantar di hospital. Ketika dia masuk dewan bedah, saya belek video-video lama kami dan edit. Video itulah jadi pengubat rindu saya padanya,” cerita Aleya.

Kata Aleya lagi, dia sememangnya beruntung dikurniakan abang yang merupakan satu-satu darah dagingnya.

“Ada kawan cakap, dia cemburu tengok hubungan saya dengan abang, sebab dia dan abangnya tidak seperti itu. Bagi saya, ambil perkara tersebut secara positif. Jangan fikir mereka tak sayang. Mungkin mereka segan nak tunjukkan sebab ego. Apapun, sayangi adik beradik kerana mereka insan yang paling rapat dengan kita,” akhirinya.   

adik beradik , isi dan kuku , kekasih

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain