Dah 3 hari adik tak ada duit belanja, tiba-tiba ‘ibu’ mesej kata angah dah gaji - “Naluri abang, dia nak saya minta” - Viral | mStar

Dah 3 hari adik tak ada duit belanja, tiba-tiba ‘ibu’ mesej kata angah dah gaji - “Naluri abang, dia nak saya minta”

Mesej abang menyamar sebagai ibu bertanyakan kepada adiknya mengenai wang belanja tular di Twitter.

NALURI hati seorang abang seolah-olah mengetahui adiknya tiada wang belanja berdasarkan satu mesej menerusi WhatsApp yang tular di Twitter ternyata menyentuh hati netizen.

Perkongsian Muhammad Aidil Aziz dengan kapsyen 'Aku yang tak ada duit tapi dia yang cari aku untuk bagi duit' di platform media sosial itu mendapat lebih 17,000 ulang kicau dan 20,100 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lupakan kereta idaman, adik jual motor... 2 anak KL cari rezeki di Pantai Timur - “Dulu kerja orang jantan sekarang perah santan”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak “Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin”

Rata-rata menyifatkan Muhammad Aidil amat bertuah kerana memiliki seorang abang yang penyayang dan bertanggungjawab.

Muhammad Adil berkata pada awalnya dia tidak menyedari mesej bertanyakan sama ada dia masih ada wang belanja menggunakan WhatsApp ibunya itu sebenarnya ditulis abang keduanya (angah), Mohammad Afzanidzam, 28.

"Saya fikir mesej tu mak yang taip sebab dia beritahu angah dah gaji masa tu. Jadi saya ingatkan mak yang suruh saya minta duit dekat angah.

Aidil bersama abang keduanya (gambar kanan) Mohammad Afzanidzam.

"Rupa-rupanya bila saya mesej angah, dia dah tahu saya tak ada duit. Dan dia pun beritahu, sebenarnya dia mesej guna WhatsApp mak.

“Saya tahu dia dah gaji tapi nak minta tu segan. Waktu tu memang saya dah tiga hari tak ada duit belanja. Mungkin naluri seorang abang, dia dapat rasa,” katanya.

Terharu dengan sikap abangnya, anak keenam daripada lapan beradik itu berkongsi paparan skrin mesej tersebut di Twitternya.

Saya fikir mesej tu mak yang taip sebab dia beritahu angah dah gaji masa tu. Jadi saya ingatkan mak yang suruh saya minta duit dekat angah.

MUHAMMAD AIDIL AZIZ.

Penuntut UiTM Jengka, Pahang.

"Saya macam terharu sebab sejak along meninggal dia memang ambil berat adik-beradik lain. Kalau boleh dia tak nak saya selalu minta duit dekat mak ayah.

"Dia rasa itu tanggungjawab sebab dia dah bekerja. Lagipun mak ayah banyak lagi tanggungan.

“Angah memang baik dan jarang marah kami. Bila dapat gaji dialah yang akan beri duit belanja dekat adik-beradik lain,” katanya.

Aidil bersama keluarga besarnya.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu berkata dia tidak menduga perkongsiannya itu akan menjadi perhatian ramai.

“Bila tweet dah viral tu saya terkejut jugalah. Tak sangka sebab saya memang post untuk suka-suka.

“Angah pun segan jugalah sebab kawan dia beritahu ada baca pasal mesej saya di Twitter. Dia tanya macam-macam jugalah tapi Alhamdulillah ramai komen positif,” katanya.

Meskipun ramai memberi respons positif mengenai tweet tersebut, pemuda berusia 18 tahun itu terkilan apabila ada yang salah anggap mengenai mesej berkenaan.

“Ada yang komen negatif cakap beraninya minta duit macam tu je… Mereka salah faham. Bukan saya yang minta tapi angah saya yang nak bagi duit belanja.

“Tapi dia tak nak bagi saya direct. Dia nak saya yang minta pada dia, sebab itulah dia gunakan WhatsApp mak,” katanya.

angah , duit belanja , mesej WhatsApp

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain