“Panggil mereka saudara atau Encik sahaja” - ‘Title’ tak seiring akhlak... petisyen diwujudkan gesa tarik balik gelaran penunggang agama - Viral | mStar

“Panggil mereka saudara atau Encik sahaja” - ‘Title’ tak seiring akhlak... petisyen diwujudkan gesa tarik balik gelaran penunggang agama

Kontroversi isu rumah tangga membabitkan dua peserta rancangan realiti keagamaan, PU Abu (kiri) dan Da'i Farhan (kanan) hangat diperkatakan di media sosial.

GARA-GARA kontroversi yang melanda beberapa peserta program realiti berkonsepkan keagamaan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, sebuah petisyen mula digerakkan bagi mendesak pembatalan program sedemikian.

Menurut petisyen yang diwujudkan oleh seorang individu, Chempaka Charm, rancangan sedemikan “adalah suatu penghinaan kepada institusi keilmuan agama Islam, kecuali ia disemak semula dengan mengambil kira dari pelbagai sudut”.

ARTIKEL BERKAITAN: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan 

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cerai lagi? Isteri PU Abu dedah masalah rumah tangga - “Kami dah tak tinggal sebumbung” 

Malah, petisyen tersebut turut mendesak agar individu yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini dilucutkan gelaran atau jolokan yang diberikan kepada mereka.

Menurut kenyataan dalam petisyen tersebut, individu terbabit tidak layak menyandang gelaran sedemikian kerana tidak memberikan tauladan yang baik kepada masyarakat dan hanya mencemarkan imej agama Islam sendiri.

Petisyen yang digerakkan sejak empat hari lalu mendapat lebih daripada 7,000 tanda tangan sehingga tengah hari Jumaat.

“Haramkan, tarik balik penggunaan jolokan (title) Pencetus Ummah (PU), Imam Muda (IM) atau Da'i kepada penunggang-penunggang agama, si pencemar kesucian Islam. Panggil mereka 'saudara' atau Encik sahaja.

“Walaupun bukan semua PU, IM dan Da'i berperangai ikut kaedah syariat ciptaan syok sendiri mereka, tapi segelintir pelaku-pelaku berkelakuan amat memalukan ini, memberi impak yang amat buruk kepada agama Islam dan orang Islam khasnya, dan kaca mata pandangan bukan Islam amnya.

“Fenomena menggunakan gelaran ustaz, menggelar dan memanggil diri sendiri sebagai ustaz untuk kepentingan peribadi dengan akhlak yang bertentangan dengan cara hidup Islam adalah sangat serius,” tulis kenyataan dalam petisyen tersebut.

Da'i Farhan bersama isteri kedua (kiri) dan isteri pertama (kanan). 

Baru-baru ini Juara Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad terpalit dengan kontroversi gara-gara tindakannya menceraikan isteri pertama yang sedang berbadan dua dan mengahwini seorang wanita berstatus ibu tunggal.

Nik Ahmad Farhan atau lebih dikenali sebagai Da’i Farhan menerima kecaman hebat lantaran mengeluarkan kenyataan dia menikahi isteri keduanya itu selepas tidak mampu menolak takdir Allah yang menetapkan jodohnya dengan wanita tersebut ketika kedua-duanya berada di Makkah.

Menurut Da’i Farhan,  sepanjang beberapa tahun perkahwinannya dengan isteri pertama, sudah 18 orang wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya, namun ditolak dengan baik, sehinggalah dia bertemu dengan calon ke-19 dan mengambil keputusan menikahi ibu kepada lapan anak itu.

PU Abu menikahi wanita bernama Hana Azraa pada Mei lalu. 

Sebelum Da’i Farhan, kontroversi rumah tangga seorang lagi peserta rancangan realiti keagamaan, PU Abu turut PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi menjadi tumpuan masyarakat sekitar April lalu selepas kisah penceraiannya dengan Ain ‘Afini Latif yang sedang hamil, heboh diperkatakan di media sosial.

Kontroversi melibatkan PU Abu berpanjangan apabila muncul wanita yang dikenali sebagai Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir yang didakwa sebagai orang ketiga di sebalik penceraian itu.

PU Abu akhirnya mengesahkan mengahwini Hana Azraa pada awal Mei lalu.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan yang dilakukan, petisyen yang mula dilancarkan sejak empat hari lalu di laman web change.org itu telah mendapat tandatangan melebihi 7,400 setakat jam 1.00 petang Jumaat. 

petisyen , Imam Muda , Pencetus Umah , Da'i , agama , gelaran

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut