suria

Jejak penuh emosi, wang RM10 kembali ke tangan pemiliknya - “Ingatkan dia sebak... terbalik pula”

Anne ditemani ibu (kanan) dan abangnya (belakang), manakala Hyza hadir bersama rakan sepejabanya (dua dari kanan) dalam pertemuan itu.

"INGATKAN dia yang sebak... terbalik pula."

Demikian kata pegawai perbankan, Norhaizalifa Othman mengimbau saat pertemuan dengan pemilik wang kertas RM10, Anne Malar Yesudass di sebuah restoran makanan segera dekat Batu Berendam, Melaka kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis.

Menerusi video perkongsian Anne di Facebooknya, Norhaizalifa atau lebih mesra disapa Hyza dilihat sebak ketika menyerahkan wang tersebut kepada Anne.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun hilang, gadis temui semula wang RM10 pemberian ayah - “Malangnya, itu kali terakhir saya bertemu dengannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah buka mesej WhatsApp yang lama diabaikan, fail penting hilang 3 tahun ditemui hanya dengan satu surah, “Tak sampai dua jam, terus jumpa”

"Saya memang macam tu... cepat tersentuh. Menitik gak lah air mata sebab touching sangat masa tu.

"Itu tanda air mata kegembiraan. Saya rasa seronok sangat. Gembira kerana dapat menggembalikan wang itu kepada pemiliknya," kata wanita berusia 38 tahun itu kepada mStar.


Hyza meletakkan wang tersebut di dalam sebuah bingkai khas.

Malah Anne turut meluahkan rasa gembira kerana dapat memegang semula wang terakhir pemberian mendiang bapanya itu 10 tahun lalu.

"Akhirnya saya dapat memegang semula wang pemberian ayah saya. Perasaan waktu tu bercampur baur tapi saya cuba kuatkan diri untuk tidak menangis. Lagipun saya tak suka menangis di depan orang ramai.

"Tiada kata-kata yang menggambarkan kegembiraan saya ketika ini. Tak sangka wang itu saya dapat semula dengan cara yang begitu indah. Terima kasih kepada kak Hyza. Kamu terlalu baik. Semoga Tuhan merahmati kamu sekeluarga," katanya.

Anne turut kagum dengan kegigihan Hyza yang meletakkan wang itu di dalam sebuah bingkai khas.

"Saya sebenarnya nak letakkan wang itu di dalam frame bersama gambar ayah tapi tak sangka kak Hyza buat sendiri frame tu. Memang cantik. 

Perasaan Anne bercampur baur semasa menerima wang tersebut daripada Hyza (kanan).

"Saya akan pastikan wang itu diletakkan di tempat yang selamat kerana itu satu-satunya kenangan terakhir bersama ayah saya," katanya.

Anak bongsu lapan beradik yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat di Singapura kembali ke kampung kelahirannya untuk mengambil wang tersebut daripada Hyza.

"Secara kebetulan saya memang dah ambil cuti untuk majlis perkahwinan kawan saya esok.

Saya memang macam tu... cepat tersentuh. Menitik gak lah air mata sebab touching sangat masa tu.

NORHAIZALIFA OTHMAN.

Pegawai perbankan.

"Jadi alang-alang dah balik saya pun buat keputusan untuk bertemu sendiri dengan kak Hyza pagi semalam (Khamis)," katanya.

Terdahulu, posting Hyza mencari pemilik wang kertas dengan hanya berbekalkan tulisan ringkas tapi cukup bermakna pada wang tersebut menjadi tular.

Tulisan pada wang kertas tersebut membuatkan Hyza tekad mencari pemiliknya.

Menerusi bantuan netizen, Hyza akhirnya dipertemukan dengan Anne dalam tempoh kurang 48 jam postingnya tular.

Anne berkata wang tersebut merupakan pemberian bapanya, Yesudass ketika dia berusia 17 tahun.

Namun itulah kali terakhir dia melibat bapanya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas menghantarnya ke sekolah pada 21 Mei 2010.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Anne, Hyza, wang RM10, pemberian ayah, kenangan

Artikel Lain