suria

“Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan

Foto kanan Da'i Farhan bersama isterinya yang telah diceraikan dengan talak satu sementara foto kiri pula gambar perkahwinannya bersama isteri kedua iaitu Aireen.

KONTROVERSI perkahwinan kedua pendakwah bebas Da'i Nik Farhan semakin hangat apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, dia menceraikan Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatApss pada tengah hari Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tuduhan nusyuz terlalu berat, jatuhkan maruah saya” - Isteri Da'i Farhan kesal dituduh derhaka sehingga diceraikan

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan buat laporan polis dan saman rakan baik isterinya - “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat”

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil

“Yang cerai itu betul... ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” tulisnya kepada mStar.

Da'i Farhan berkahwin dengan Aireen di Makkah (kanan) tanpa pengetahuan isteri pertamanya Fatin (kiri)

Bagaimanapun, Nik Farhan menafikan dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu seperti dituduh seorang individu di laman sosial.

Nik Farhan berkata, dia juga tidak berada di luar negara iaitu China seperti didakwa wanita terbabit.

"Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang (tuduhan) lain fitnah," ujarnya.

Selain itu, Nik Farhan enggan mengulas lanjut berkaitan punca dia menceraikan isteri pertamanya itu.

Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya.

DA'I FARHAN

PENDAKWAH BEBAS

Dalam pada itu rakaman suara lafaz cerai yang dipercayai milik Nik Farhan turut tersebar di media sosial.

Lafaz cerai itu antaranya berbunyi: "Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu."

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Farhan menceraikan isterinya yang kini sedang sarat hamil.

Individu yang dikenali sebagai Asiah itu membuat tuduhan pendakwah tersebut telah mengurung dan memukul wanita berkenaan.

Dalam pada itu, menerut sumber terdekat, Fatin kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu bagi menguruskan perceraian berkenaan.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Nik Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Tindakan itu menerima kecaman netizen apabila seorang rakan baik isterinya mendedahkan perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama yang sedang sarat mengandung.

Bagaimanapun, menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat lalu, Nik Farhan berkata, tuduhan dia berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan hasrat tersebut kepada isteri pertama dan keluarganya.

Nik Farhan juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 berjaya membuatkan hatinya terbuka menerima hasrat itu.

Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan sementara wanita juga sendag hamil 7 bulan yang dipercayai mengandungkan zuriat lelaki.

Da'i Farhan, cerai, kahwin

Artikel Lain