Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil - Sensasi | mStar

Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil

Nik Farhan bersama isteri pertama dan anak mereka (gambar kiri) dan ketika dia dikatakan bernikah dengan isteri kedua di Tanah Suci (gambar kanan).

SELEPAS menerima pujian kerana kesanggupan juara rancangan dakwah Da'i musim kedua iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad yang berkahwin dengan seorang janda anak lapan di tanah suci Makkah, kini timbul pula perkara tidak enak didengar hingga menimbulkan kemarahan ramai.

Segala-galanya bermula selepas seorang kenalan rapat isteri pertama Nik Farhan dikenali sebagai Ches Al-Maliki mendakwa kononnya perkahwinan pendakwah bebas dengan isteri keduanya itu berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz selebriti cerai isteri hamil tujuh bulan demi janda anak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Farhan Juara Da'i Musim Kedua

Kata Ches, lebih memeritkan apabila isteri pertama dikenali sebagai Fatin itu kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.

"Surat terbuka buat da'i F. Firstly tahniah Encik F & isteri ke-2 yang tidak mendapat reda oleh isteri pertama dan seluruh ahli keluarga. Saya rasa terpanggil untuk membuat status terbuka sebab muak sangat dengan lakonan Encik F ni.

Posting yang dimuat naik rakan baik isteri pertama Nik Farhan.

"Sebenarnya da'i ni dah nikah beberapa bulan yang lalu tanpa pengetahuan isteri pertama beliau! Dia mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi. Masa beritahu dekat isteri pertama, 'abang nak nikah', terkejutlah si isteri. Dalam keadaan isteri sarat mengandung anak ke-2! Tapi rileks saja nak nikah janda.

"Takdir katanya kerana berlaku di Tanah Suci. Jadi tak boleh tolak takdir Allah. Kalau berlaku di Malaysia boleh tolak lagi, tapi ni berlaku di Tanah Suci. Isteri kena reda. Sekiranya minta cerai, bergegar arasy Allah. Fuhhh... dalil mantap dan padu bro!" ujarnya.

Ches memuat naik posting berkenaan di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Sehubungan itu Ches ketika dihubungi mStar mengesahkan bahawa individu yang didakwanya menerusi posting berkenaan adalah Nik Farhan.

Dalam pada itu menerusi posting yang sama, Ches mendakwa dia pernah menghubungi janda anak lapan itu bagi menasihatkan agar menjauhi suami rakan baiknya itu namun tidak diendahkan.

"Memalukan, sembunyikan janda yang nak dinikahi daripada pengetahuan isteri pertama. Isteri nak tahu pun tak boleh.

"Paling menyakitkan hati seorang isteri adalah dia tahu suaminya bernikah bukan daripada mulut suami sendiri. Rupanya suami bernikah senyap-senyap tanpa prosedur mahkamah.

Memalukan, sembunyikan janda yang nak dinikahi daripada pengetahuan isteri pertama.

CHES AL-MALIKI

Tambah Ches, pada awalnya dia enggan mencampuri kemelut rumah tangga rakan baiknya itu namun nekad membuat surat terbuka berkenaan selepas berang dengan tindakan Nik Farhan yang disifatkan biadab.

"Hari itu saya berjumpa dengan kamu untuk bincang, kamu tinggikan suara dengan saya. Aku datang sebab kasihankan isteri kamu sedang sarat mengandung, tak lama lagi due tapi kamu gelar saya sebagai syaitan dan batu api, perosak rumahtangga kamu.

"Saya tegaskan, posting ini adalah daripada saya sendiri dan bukan atas desakan isteri F. Buat isteri F, saya minta maaf kerana terpaksa buat begini.

"Aku minta maaf atas posting ni. Posting ni khas ditujukan buat penunggang agama yang tak tahu malu. Kalau berlaku pada wanita lain pun, saya akan respons dan buktinya sebelum ini saya ada respons pasal kes PU Abu sebab ada persamaan," katanya.

Terdahulu, Nik Farhan mendedahkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah.

Menurutnya, dia nekad memperisterikan wanita berkenaan demi menjaga kebajikan wanita itu bersama lapan anaknya yang lain.

Nik Farhan juga memberi gambaran seolah-olah tidak pernah mencari cinta namun dipertemukan dengan wanita itu di Makkah.

Hasil perkahwinan Farhan dengan isteri pertamanya, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang berumur 1 tahun 4 bulan dan Fatin juga sedang hamil tujuh bulan anak kedua mereka yang dipercayai bayi lelaki.

Dai Farhan , janda

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp

Tikam jemaah masjid, seorang lelaki ditahan