suria

Tiga tahun merempat, Pakcik Kasim kini tak boleh jual dadih pula!- “Kalau rasa ada orang tak selesa, dia pindah masjid lain”

Haze dan rakan yang lain bertemu Pakcik Kasim yang sudah tiga tahun tidur di surau dan masjid di kawasan Shah Alam, Selangor.

SESUSAH mana pun hidup kita, bersyukurlah kerana ada yang jauh lebih susah.

Wabak Covid-19 ternyata memberi tamparan hebat kepada masyarakat di seluruh dunia lebih-lebih lagi yang sebelum ini sememangnya bergelut untuk mencari rezeki.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram seorang pemuda, dia berkongsi kisah seorang warga emas yang telah tinggal di masjid selama hampir tiga tahun.

Lebih memilukan, dia juga terpaksa berhenti berniaga dadih selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas sanggup keluar jual tempe demi sara cucu, 2 anak berstatus ibu tunggal - “Covid-19 ni, bukan senang nak dapat kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sayu bertemu orang susah ‘bergelut’ cuba bisnes online, datang hantar donat pakai baju berminyak - “Dia tak tahu pasal caj delivery”

“Saya biarkan video ini berbicara. Bersyukurlah dengan sekecil-kecil rezeki walaupun terperuk sorok dalam PKP, masih ada tempat tinggal, ” tulisnya di laman Instagram.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohamed Hazeman Huzir berkata, hanya beberapa jam sebelum PKP 2.0 bermula, dia dan beberapa rakan mendapat panggilan memaklumkan seorang warga emas selama ini hidup merempat dan kini hilang punca pendapatan.

Lebih mesra disapa Haze, dia yang merupakan seorang YouTuber dan pengacara TV Al-Hijrah pada mulanya ingin menemubual warga emas berkenaan yang dikenali sebagai Pakcik Kasim untuk sebuah rancangan.

Perkongsian video TikTok Haze mengenai pakcik Kasim tular dan meraih perhatian ramai.

“Masa tu saya bersama team lain ada di Ampang untuk bantu sebuah keluarga Asnaf di sana. Tiba-tiba dapat maklumat mengenai Pakcik Kasim yang tiga tahun tiada tempat tinggal dan menumpang di masjid.

“Kami terus gerak ke sebuah surau di Shah Alam untuk berjumpa dan bantu pakcik ini, ” ujarnya mengimbas detik awal pertemuan dengan Pakcik Kasim pada Selasa.

Tambah pemuda berusia 33 tahun ini, ketika sampai di surau tersebut kira-kira jam 5 petang, dia melihat warga emas itu ini sedang tidur di atas kerusi plastik.

Manusia ni perlukan tiga benda asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

HAZE

Bercerita lanjut mengenai kehidupan Pakcik Kasim, Haze berkata lelaki itu juga mengalami masalah sakit lutut dan kaki bengkak.

“Memang tak sampai hati tengok dia, sebak sangat. Dah lama dia tidur di masjid dan sebelum ini cari rezeki pun tumpang kedai kawan untuk buat dadih sebelum pergi jual.

“Di Shah Alam, ramai yang kenal dia. Kadang-kadang dia di masjid dan kalau rasa ada orang yang tak selesa dengan kehadiran dia, dia akan pindah ke masjid atau surau yang lain, ” jelasnya.

Sebelum mendapat panggilan Pakcik Kasim, Haze membantu sebuah keluarga Asnaf di Ampang.

Haze yang aktif dalam kerja-kerja amal berpandangan Pakcik Kasim harus dibantu dari segi kelangsungan hidup, bukan bantuan secara ‘one off’.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan masjid atau surau yang menjadi lokasi Pakcik Kasim berlindung kerana tidak mahu ramai yang pergi mencari warga emas ini selain bimbang ia membahayakan diri semua orang dalam keadaan kes Covid-19 yang meningkat.

“Pakcik Kasim ada bagitahu sebelum ini dia ada dapat bantuan tetapi bantuan one-off.

Haze juga merupakan seorang pengacara TV.

“Pendapat saya kalau bantuan seperti itu kurang berkesan untuk jangka masa panjang. Saya rasa lebih baik kita cari tempat yang selesa.

“Manusia ni perlukan tiga benda asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pakcik Kasim pun boleh masak jadi apa kata kita bantu dari segi tempat tinggal, mana tahu dia boleh bangun semula menyara hidup sendiri lepas ni, ” ujarnya.

Haze bersama-sama Hijrah Prihatin dan Kita Fund sedang berusaha mencari dana untuk membantu Pakcik Kasim ini untuk hidup lebih selesa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain