suria

Produk laku keras dalam masa 54 minit, Khairulaming selamba tunjuk kelemahan kepada followers!

Netizen memuji sikap jujur yang dipamerkan oleh pemuda kelahiran Kelantan itu.

SERING tampil dengan video masakan yang menarik, nama selebriti media sosial Khairulaming sememangnya cukup popular di negara ini.

Pada awal Januari, dia meneroka bidang perniagaan apabila melancarkan produk sambal jenama sendiri yang mana ia mencatatkan jualan 10,000 botol dalam tempoh 54 minit, pada hari pertama pelancarannya.

Biarpun mencatatkan rekod jualan luar biasa, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu sekali lagi mencuri hati netizen dengan sikapnya yang cukup merendah diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka pengikut IG naik lebih 100,000 gara-gara video 'suka-suka'

ARTIKEL BERKAITAN: “Biasanya pagi esok mesti abah call untuk wish” - Tepat jam 12.01 pagi, Khairulaming rindu panggilan telefon daripada bapa

Menerusi Twitter, tindakan dia membuat siri perkongsian dengan menyenaraikan kelemahan perniagaannya menerima pujian ramai.

"Berdasarkan pengalaman minggu ni, ada beberapa kelemahan yang aku jumpa, and ini post mortem dari batch yang pertama," tulisnya.

Antara yang disenaraikan termasuklah kesilapan cetakan bil, kerosakan bungkusan, masalah kapasiti gudang, kehadiran ejen jualan palsu dan sistem tempahan sambal berkenaan.

Khairulaming terkenal dengan pelbagai video masakan di media sosial.

"Bila stock up terlalu banyak, dan jualan sold out sekali gus, proses membungkus parcel menjadi terlampau jammed.

"Daripada 10,000 terjual, ada orang dapat parcel dalam masa sehari, ada orang dapat hari ke sembilan. Jadi customer experience tu dah tak seimbang untuk semua.

"Untuk hari pertama ke hari ketiga, proses jadi perlahan sebab pasukan kami tak biasa sepenuhnya dengan sistem.

Tak salah idolakan dia. Seorang yang sangat merendah diri.

NETIZEN

"Ada waybill yang tak cetak dan yang tersalah cetak. Jadi proses untuk kenal pasti masalah tu ambil masa lama dan buat kesemua parcel jadi delay," ujarnya.

Namun katanya, dia bersyukur apabila hanya satu daripada 10,0000 botol sambal pecah sewaktu dihantar, malah dia sudah pun menggantikan tempahan tersebut.

Jelas pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, dia mahu menggunakan kaedah baharu bagi memudahkan sistem perniagaannya.

"Keutamaan saya ialah untuk jaga kualiti produk dan juga customer experience. Dua benda ni paling penting yang aku belajar selama handle logistics sebelum ni.

"Saya faham ada yang kecewa stok tak ada dan tak cukup penuhi permintaan. Tapi saya kena hadkan untuk jaga kualiti dan kebajikan sfaf semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," ujarnya lagi.

Ada netizen menggelarkan Khairulaming sebagai idola mereka.

Posting yang meraih hampir 30,000 ulang kicau itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang kagum dengan sikap jujur Khairulaming.

Kata netizen, kebanyakan peniaga enggan mendedahkan kelemahan mereka dan cepat hanyut dengan kejayaan yang diraih.

Namun, sikap yang dipamerkan Khairulaming cukup berbeza sehingga digelar sebagai sumber inspirasi netizen.

"Orang lain dapat jualan berjuta biasanya tunjuk kemehawan. Awak berbeza, buat post mortem dan tunjuk kelemahan sistem dan cuba perbaiki.

"Jelas sekali dia yang layak digelar influencer, bukannya mereka yang buat video bodoh.

"Tak salah idolakan dia. Seorang yang sangat merendah diri.

"Khairulaming tak pernah gagal jadi sumber inspirasi," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain