suria

“Biasanya pagi esok mesti abah call untuk wish” - Tepat jam 12.01 pagi, Khairulaming rindu panggilan telefon daripada bapa

Khairul Amin berkongsi luahan rasa itu menerusi laman Twitter pada awal pagi Jumaat.

TIADA apa yang lebih menggembirakan selain menyambut hari bahagia bersama insan tersayang.

Namun, lain pula kisah melibatkan personaliti masakan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman yang berkongsi rasa sedih sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Jumaat.

"12.01 am. Today is my birthday. Usually pagi esok mesti abah call untuk wish. Not this time i guess. Miss you abah," tulisnya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka pengikut IG naik lebih 100,000 gara-gara video 'suka-suka'

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan kongsi video masakan untuk 30 hari, kini pemuda ini ada 2.6 juta pengikut - “Betul ke dah dapat blue tick, adakah saya bermimpi?”

Dalam Tweet itu, Khairul Amin berkongsi rasa sedih apabila meraikan ulang tahun kelahiran buat pertama kali tanpa bapanya, Khairulzaman Hussin yang meninggal dunia pada Mac lalu.

Di Instagram pula, Khairul Amin turut berkongsi video nyanyian lagu Happy Birthday oleh anak saudaranya.

Posting Khairul Amin mengenai kematian bapanya pada Mac lalu.

Rata-rata pelayar media sosial di Instagram dan Twitter turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan sama.

Selain itu, mereka turut memberi kata-kata semangat untuk Khairul Amin terus cekal dan mendoakan kesejahteraan roh bapanya.

Usually pagi esok mesti abah call untuk wish. Not this time i guess. Miss you abah.

KHAIRUL AMIN

"Happy birthday Min. Semoga tabah dalam kehidupan. Setiap pertemuan ada perpisahannya. Kuat, tabah dan kekal sabar dalam hidup OK.

"Happy birthday Khairul Amin. Saya faham perasaan kami. Saya juga terbiasa dapat panggilan arwah emak setiap kali detik 12 malam hari lahir saya.

"Selamat hari lahir. Kita geng September baby. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," tulis beberapa netizen.

Foto kenangan arwah bapanya suatu masa lalu.

Untuk rekod, nama Khairul Amin mula mendapat perhatian ramai selepas dia membuat video tutorial masakan ketika bulan Ramadan tahun 2018.

Dalam masa singkat, dia yang terkenal dengan tagline "Hey, What's up guys" menerima lebih 100,000 pengikut.

Kini, Khairul Amin memiliki 2.7 juta pengikut di Instagram dan 433,000 pengikut di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain