suria

Bermula dengan kongsi video masakan untuk 30 hari, kini pemuda ini ada 2.6 juta pengikut - “Betul ke dah dapat blue tick, adakah saya bermimpi?”

Khairul Amin berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosialnya pada Selasa.

"BETUL ke dah dapat blue tick? Adakah saya bermimpi?"

Demikian kata personaliti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman sejurus laman Instagram miliknya mendapat pengiktirafan 'verified' pada Selasa.

Status berkenaan menjadi indikasi bahawa akaun laman sosial tersebut adalah tulen dan biasanya diberikan kepada selebriti, ahli politik, figura awam dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka pengikut IG naik lebih 100,000 gara-gara video 'suka-suka'

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’

Cukup dikenali ramai dengan video-video masakan, Khairul Amin ada berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial miliknya.

Sejurus perkongsian itu, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu turut dihujani dengan ucapan tahniah.

Malah, pengiktirafan itu disifatkan netizen sebagai perkara yang ditunggu-tunggu dan sepatutnya sudah lama diberikan kepada jejaka berusia 28 tahun itu.

Khairul Amin kini mempunyai 2.6 juta pengikut di Instagram.

"Tahniah. Hiburkan kami dengan video masak lagi.

"Tahniah abang tolong masak sedap-sedap untuk saya.

"Saya pun dah dapat blue tick, tapi kat 'WhatsApp'lah. Kat Instagram tak ada lagi.

"Tahniah. Terima kasih untuk the best video setiap hari pada bulan Ramadan," tulis beberapa netizen.

Sehingga kini, Khairul Amin memiliki 2.6 juta pengikut di Instagram, 365,700 pengikut di Twitter dan 134,000 pengikut di YouTube.

Betul ke dah dapat blue tick? Adakah saya bermimpi?

KHAIRUL AMIN KAMARULZAMAN

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Untuk rekod, namanya mula meledak sekitar Jun dua tahun lalu selepas dia mengumpul lebih 100,000 pengikut Instagram dalam tempoh 20 hari sejak awal Ramadan 2018.

Dia pada waktu itu mencuri perhatian ramai dengan projek 30 video masakan untuk 30 hari puasa sehingga mengumpul peminat tersendiri dalam tempoh singkat.

"Saya suka tengok rancangan memasak, tapi cara penyampaian semua hampir sama. Jadi saya dapat ilham untuk buat 30 video masakan sepanjang bulan Ramadan.

Antara video masakan yang dikongsi Khairul Amin.

"Video masakan ini bukan sekadar ditambah elemen drama yang santai sahaja malah saya juga jujur dengan hasilnya.

"Kadang-kadang masakan tak menjadi pun tapi saya berterus terang sahaja dalam video. Tak sangka orang suka pendekatan sebegini," ujarnya kepada mStar.

Dedah Khairul Amin, dia sememangnya suka memasak sejak kecil lagi.

Selain memasak, tugas rakaman dan suntingan turut dilakukan olehnya sendiri.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain