Gadis dedah bagaimana permulaan hijab pandangannya terbuka sejak usia 9 tahun - “Laju sangat terus tembus dalam dinding tandas”

Gadis bernama Aina berkongsi pengalamannya yang boleh melihat makhluk ghaib seperti jin selepas hijab pandangannya 'terbuka'. Gambar hiasan.

HAKIKAT yang perlu diketahui adalah bumi ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan lain semata-mata, sebaliknya ia turut 'dihuni' oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar.

Makhluk ini hanya dapat dilihat oleh mereka yang dikurniakan 'kelebihan' deria keenam.

Namun untuk mentafsirkan sama ada 'kelebihan' tersebut merupakan satu anugerah atau sebaliknya, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak jadi tetamu tak diundang! Lelaki kongsi 7 petua nak check in hotel selepas insiden rakan diusir ‘benda’ main pintu

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘call’ dari bilik tak berpenghuni, dengar bunyi nafas dan angin... Bekas staf dedah gangguan tingkat 5 hotel di Penang

Menerusi satu video terbitan ML Studios yang dimuat naik di YouTube, seorang gadis berkongsi pengalamannya yang mampu melihat makhluk seperti jin dan hantu sejak hijab pandangannya 'dibuka' ketika dia berusia sembilan tahun.

Ainaa Afifah berkata, sungguhpun sudah bertahun-tahun berlalu, peristiwa kali pertama ternampak makhluk menggerunkan itu masih segar di dalam ingatannya.



Aina mendedahkan dia pertama kali melihat makhluk ghaib ketika berusia sembilan tahun.

"Abah kena pindah tempat kerja dari Alor Setar, Kedah ke Sik. Di Sik, kami duduk rumah sewa. Ketika berpindah tu, usia Ifa lima tahun," ujar gadis ini yang membahasakan dirinya sebagai Ifa,

Menurutnya, sepanjang beberapa tahun pertama menetap di rumah sewa itu, dia tidak mengalami sebarang kejadian aneh atau menakutkan.

"Tapi waktu dah naik tahun tiga, pandangan mata Ifa dah terbuka. Macam mana boleh terbuka? Satu malam, waktu tu abah Ifa demam. Abah minta Ifa pergi dapur ambilkan ubat dan air suam.

Bila pergi berubat dekat ustaz-ustaz lain, mereka kata Ifa kuat sebab dari darjah 3 hingga sekarang Ifa boleh nampak dan Alhamdulillah, Allah menjaga.

AINAA AFIFAH.

"Selesai ambil ubat dan air, bila Ifa tutup lampu dapur dan nak pergi bagi ubat dan air suam dekat abah... tiba-tiba Ifa dapat rasa satu angin yang agak kuat lalu di belakang Ifa. Ifa rasa baju Ifa bergerak. Ifa tertanya-tanya la apa benda ni," ceritanya mengimbas kembali peristiwa seram tersebut.

Didorong rasa ingin tahu di samping mahukan kepastian kerana memikirkan kemungkinan kelibat itu adalah ibunya, gadis ini lantas menoleh ke belakang iaitu di ruang dapur rumahnya yang sudah gelap tanpa cahaya lampu.



Kisah seram yang dialami Aina ketika pertama kali ternampak makhluk ghaib berlaku ketika dia dan keluarga menetap di Sik, Kedah. Gambar hiasan.

"Ketika itu meremang tu ada, takut pun ada tapi masih blur. Lepas itu Ifa toleh ke belakang. Waktu toleh ke belakang, benda tu tengok Ifa. Ifa terkejut tapi masih lagi blur dan tertanya apa benda tu... tapi Ifa bertentang mata dengan 'dia'.

"Kemudian dia lari memang laju sangat terus tembus ke dalam dinding tandas. Ifa pun buat macam biasa, buka balik lampu dapur dan Ifa pergi tandas dan tegur dengan memanggil 'Mak... mak' sebab Ifa ingat itu mak Ifa.

"Kemudian Ifa pergi bagi ubat dekat abah tapi tak cakap apa-apa pun. Cuma malam tu Ifa tidur dalam keadaan tertanya-tanya," ujar gadis ini dalam loghat utara.

Menurutnya, perkara itu hanya diceritakan kepada ibunya pada keesokan hari.

"Mak tunggu abah balik kerja untuk bincang dengan abah nak bawak Ifa pergi berubat. Ustaz cakap memang hijab Ifa dah terbuka," ujarnya.



Aina mengakui dia masih berupaya melihat makhluk ghaib sehingga kini.

Seakan-akan tidak dapat menerima hakikat tersebut hingga pernah rasa tertekan pada awalnya, gadis ini berkata dia kemudian perlahan-lahan bermuhasabah dan menganggap perkara yang terjadi itu mempunyai hikmah tersendiri.

Masih boleh melihat makhluk-makhluk halus sehingga kini, gadis ini berkata dia bersyukur kerana tidak pernah mengalami gangguan.

"Bila pergi berubat dekat ustaz-ustaz lain, mereka kata Ifa kuat sebab dari darjah 3 hingga sekarang Ifa boleh nampak dan Alhamdulillah, Allah menjaga.

"Ifa tak pernah kena histeria... bukan nak cakap besar tapi Alhamdulillah Allah jaga. Ustaz cakap mungkin sekarang Ifa jumpa mereka untuk minta mereka ubatkan, tapi tak mustahil satu hari nanti Ifa pula ubatkan orang," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hijab, histeria, makhluk halus, angin

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain