suria

Elak jadi tetamu tak diundang! Lelaki kongsi 7 petua nak check in hotel selepas insiden rakan diusir ‘benda’ main pintu

Seorang pelayar Facebook berkongsi beberapa petua untuk mengelakkan berlakunya gangguan ketika menginap di hotel. -Gambar hiasan

PASTI ramai di antara kita yang sudah mula merancang untuk bercuti dan lari dari kesibukan kota buat seketika, selepas kerajaan mengumumkan negara kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) minggu lalu.

Tidak hairanlah ketika beberapa hari pertama PKPP, hotel-hotel di lokasi percutian terkenal seperti Pulau Langkawi dan Melaka merekodkan jumlah tempahan yang tinggi.

Namun, di sebalik kegembiraan meraikan 'kebebasan' tersebut, kita diingatkan agar tidak terlalu seronok dan leka ketika menginap setelah lebih tiga bulan bilik-bilik hotel tidak berpenghuni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru nak lelap mata, tiba-tiba ada ‘makhluk’ halus merayap...” - Pengalaman ngeri menginap di Melaka, sampai ada yang cadang bakar hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘call’ dari bilik tak berpenghuni, dengar bunyi nafas dan angin... Bekas staf dedah gangguan tingkat 5 hotel di Penang

Sebagaimana posting seorang pelayar Facebook bernama Hua Hing ini, dia berkongsi kisah mistik yang dialami oleh rakannya, Asrul (bukan nama sebenar) ketika menginap di sebuah hotel butik di Melaka tidak lama dahulu.

"Setibanya dia di Melaka, dia terus check-in kat sebuah hotel butik yang terletak di tepian Sungai Melaka. Hotel tu dari luaran sehingga dalaman memang cantik.

"Selepas dia meletakkan semua barangannya ke dalam almari dan membasuh muka, dia pun keluar kembali untuk melancong di sekitar Kota Melaka. Setelah As menjamu selera di salah sebuah kafe yang berhampiran dengan hotelnya, dia pun berjalan balik," cerita Hua Hing.



Rakan kepada Hua Hing mengalami gangguan ketika menginap di sebuah hotel di Melaka tidak lama dahulu. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki bilik, rakannya itu hairan apabila terperasan pintu bilik airnya tertutup sedangkan dia sengaja membiarkannya terbuka sebelum keluar.

Gangguan berterusan apabila rakannya itu terdengar seakan-akan pintu bilik air dibuka seseorang ketika dia sedang mandi, namun dia berfikiran positif dan menganggap bunyi tersebut datang dari bilik bersebelahan.

Cerita pelayar itu lagi, semakin lama, semakin banyak perkara aneh yang berlaku di bilik berkenaan sehingga membuatkan rakannya itu berasa tidak sedap hati.

Kemuncak gangguan, pintu bilik air tertutup sendiri ketika Asrul sedang asyik menonton televisyen dan pintu tersebut dikunci dari dalam.

Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak.

HUA HING

PELAYAR FACEBOOK

"Terus dia menyambar kunci bilik dan dia terus beredar turun ke lobi. Dia memberitahu receptionist yang sedang bertugas yang bilik dia ada hantu," ceritanya.

Sekembalinya Asrul ke bilik dengan ditemani staf hotel, alangkah terkejutnya mereka apabila bilik tersebut berselerak dan bersepah.

Lebih menyeramkan, terdapat satu tulisan di dinding bilik yang tertulis 'Keluar!' seolah-olah penginapnya tidak dialu-alukan.

"As pada malam itu terus check-out dari hotel tersebut dan dengan bantuan cik receptionist, dia berjaya ditempatkan di sebuah hotel lain yang berdekatan,"ceritanya.

Hua Hing dalam masa yang sama turut memberikan beberapa petua ketika menginap di hotel kepada mereka yang selalu out station samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti.



Salah satu petua bagi yang menginap di hotel adalah membuka jendela buat seketika untuk tujuan peredaran udara. -Gambar hiasan

"Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak.

"Kasut atau selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita.

"Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Menurut kepercayaan kaum Cina, dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar," kongsinya.

Selain itu, penginap juga dinasihatkan untuk membuka pintu bilik mandi buat seketika, memasangkan lampu dan menekan butang flush pada tangki simbah bagi membuang 'aura negatif'.



Antara komen netizen terhadap perkongsian Hua Hing.

Hua Hing menambah, penginap disarankan untuk memenuhkan katil sama ada dengan bantal atau barang-barang seperti beg baju untuk mengelakkan ruang kosong.

"Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi dan biarkan pintu terbuka sikit. Bukannya kita tak tahu, 'benda' tu paling suka ganggu ketika keadaan gelap.

"Sentiasa amalkan membaca doa untuk ketenangan, keamanan dan keselamatan sebelum, ketika dan selepas tidur. Kita masing-masing ada cara kita sendiri," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 1,000 shares di Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
petua, hotel, gangguan, penghuni

Artikel Lain