Guru pelik masyarakat kini ‘prihatin menonong’! Kawan sendiri pun sama, dapat mesej random terus bagi derma - “Teruslah... cuma prinsip aku jelas”

Seorang guru, Mohd Fadli mengulas isu golongan tidak bertanggungjawab yang menipu untuk mendapatkan sumbangan.

MANUSIA sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dengan cara mudah, termasuk menipu.

Antara 'modus operandi' yang paling popular adalah dengan menyamar sebagai golongan yang susah dan menjaja kisah keperitan hidup mereka tanpa rasa segan di media sosial mahupun aplikasi WhatsApp.

Baru-baru ini, seorang guru yang tidak asing lagi di Facebook, Mohd Fadli Salleh turut berkongsi pengalaman yang dialami oleh rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ikut dialah nak jadi apa pun” - Guru dedah perlu hadap sisi buruk penerima bantuan, tak semua orang miskin jujur!

ARTIKEL BERKAITAN: Cara mengajar tak disenangi, guru terpaksa ‘hadap’ bapa murid angkuh tayang kunci BMW - “Saya biasa makan semeja dengan menteri”

"Aku perasan sekarang sangat ramai orang guna cara begini untuk dapatkan duit mudah. Dalam inbox aku dah beratus-ratus guna teknik ni, memang aku tak layanlah.

"Minggu lepas kawan aku baru je kena. Oleh orang yang sama. Punya dia ikhlas bagi duit beratus jugalah. Rupa-rupanya scammer atau pemalas," tulisnya pada perkongsian di laman sosial itu sambil memuat naik tangkapan skrin (screenshot) posting rakannya.

Malah katanya, ada segelintir golongan ini juga menjaja kisah sedih pada halaman individu yang bergelar 'influencer' dan halaman yang mempunyai ramai pengikut.



(Kiri) Cikgu Fadli lebih suka turun padang memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. (Kanan) Paparan skrin mesej random yang dihantar scammer.

"Banyak sangat orang (scammer) buat cerita sedih, cerita susah kemudian terus letak nombor akaun. Amboih! Mudah ke dia. Terus tempek nombor akaun. Dari puluhan ribu orang baca, cukup 10 orang je transfer rm50. Dah dapat rm500.

"Esok buat lagi kat page lain. Senang betul buat duit dengan cerita sedih nak beli setin susu anak," kata guru ini yang turut menguruskan Pertubuhan Kebajikan Danakita.

Golongan ini ujarnya, bijak mengambil kesempatan di atas sikap rakyat negara ini yang terlalu prihatin dan ini membuatkan mereka makin naik lemak.

Justeru guru ini berpendapat, adalah lebih baik sekiranya masyarakat lebih berhati-hati dan lebih mengutamakan golongan yang bena-benar berhak menerima sumbangan mahupun bantuan.



Cikgu Fadli lebih gemar menggunakan pendekatan mendekati sendiri golongan yang memerlukan bantuan.

"Ada orang cakap, 'tak nak bagi sudah. Nak beri, beri saja. Kalau dia tipu, dia berdosa. Kita dah dapat pahala dah pun'. Benar, benar. Sikit aku tak takwil pasal tu.

"Jika penipu tu kaki dadah, kaki judi, kaki tipu orang, kita pula memberi tanpa usul periksa, macam kita subahat la pula kan?

"Sebab tu rules utama bantuan Dana Kita, kami takkan sesekali memberi bantuan kewangan.

"Sekali bagi, berkali-kali mereka akan minta. Setiap minggu mesti ada sahaja cerita sedih direka. Motor rosak, pampers anak habis, susu habis, tak makan berhari-hari, kena halau rumah sewa, sakit dan macam-macam lagi cerita.

"Beberapa kali aku terkena. Katanya miskin, terdesak, dan aku minta alamat. Bila beri alamat aku ke sana mereka tiada. Lari, atau bagi alamat salah," ujarnya lagi.



Dana yang disumbangkan orang ramai kepada DanaKita digunakan sebaik-baiknya untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Guru tersebut dalam pada itu berkata dia tidak menghalang niat mana-mana individu untuk menghulurkan sumbangan namun hanya memberi ingatan sekadar peringatan bersama.

"Jika kalian nak terus dengan prinsip, 'bagi sajalah kalau nak bagi. Kalau dia tipu dia berdosa, kita dah pun dapat pahala', teruslah dengan prinsip itu.

"Cuma prinsip aku jelas. Aku tak bagi bantuan kewangan dan aku akan siasat betul-betul sasaran sebelum bagi bantuan. Baru puas hati. Begitulah," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain