suria

Jurutera tak lupa pengalaman interview, beria-ia suruh datang awal akhirnya penemuduga langsung tak hormat masa orang lain - “Nanti parking penuh kat masjid”

Seorang pengarah sebuah syarikat berkongsi pengalamannya ditemuduga sembilan tahun lalu yang tidak akan dilupakan sehingga bila-bila. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang baru menamatkan pengajian, panggilan menghadiri temuduga pastinya antara perkara yang paling ditunggu-tunggu.

Sudah tentulah segala persiapan dan persediaan dilakukan lebih awal untuk menjadi antara calon terbaik, dengan harapan dapat diterima bekerja di syarikat berkenaan.

Namun kadang-kadang tidak semua sesi temuduga itu indah dan berlangsung seperti mana yang diharapkan, sebagaimana perkongsian pengalaman oleh seorang pengarah sebuah syarikat kejuruteraan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan politik ofis di syarikat multinasional, lelaki ini senarai 6 ‘spesies’ manusia buat dirinya nekad resign... jujur jawab ‘Exit Interview Form’

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai tak tahu benda ni...” - Pengasas syarikat dedah talian hayat bagi mereka yang hilang kerja, siap boleh claim hingga enam bulan!

Menerusi satu posting di Facebook, Ir Abdul Rahman Bahasa mengimbas kembali pengalaman temuduga yang dihadirinya, sembilan tahun lalu.

"Sembilan tahun lepas guys! Bukan sembilan hari lepas! Kenapa aku ingat sangat interview session ni? Ikuti kisah aku kali ni. Kalau korang perasan, dalam email tu siap font merah plus bold lagi. 'Candidate are advised to come at least 45 minutes early and bla...bla'

"Maknanya kena dah terpacak awal-awal pagilah jawabnya dekat tempat interview! Nak attend interview pagi-pagi ni, aku no choice, aku ambil leave dekat tempat kerja aku masa tu.

"Interview timenya pukul 9.30 pagi hari Jumaat. Pukul 7.45 pagi aku dah terpacak depan office tempat aku nak interview. Punyalah semangat kan! Yelah, tak naklah ada 1st bad impression lambat datang interview pulak," tulisnya pada perkongsian tersebut.



Kenangan temuduga sembilan tahun lalu yang tak akan dlilupakan oleh Ir Abdul Rahman Bahasa.

Selepas mendaftar dan menyelesaikan urusan berkaitan sebaik sahaja pejabat mula dibuka pada pukul 8.30 pagi, dia menunggu dengan sabar untuk dipanggil bila-bila masa memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.

Hanya selepas dua jam kemudian, baru namanya dipanggil untuk masuk ke bilik penemuduga.

Sesi soal jawab berlangsung seperti biasa yang mana temuduga tersebut dikendalikan oleh dua orang lelaki, sehinggalah salah seorang daripada penemuduga tersebut memaklumkan sesuatu yang mengejutkannya.



Ir Abdul Rahman Bahasa berpendapat setiap calon perlu dihormati dan dihargai walaupun belum menjadi sebahagian daripada syarikat berkenaan. Gambar hiasan.

"OK dah pukul 12 tengah hari. Hari ni hari Jumaat. Kami berdua nak kena keluar awal sebab nak solat Jumaat. Nanti parking penuh kat masjid. Dalam hati aku berkata what?!!!. Tapi aku tenang je.

"Saya rasa susah kami nak hire you. Sebab you banyak lacking skills yang kami cari. Lagi sekali dalam hati aku berkata what?!!.

"Aku jawab balik dengan tenang 'terima kasih atas pengalaman temuduga yang diberikan... semoga encik akan jumpa candidate yang sesuai untuk jawatan ini'. Aku pun salam dengan interviewer dan keluar dari bilik temuduga. Kecewa? Of course la kecewa," tulisnya.

Menurut Ir Abdul Rahman, apa yang membuatkannya kecewa adalah kerana masanya seolah-olah tidak dihargai, dan dalam masa yang sama dia turut kecewa dengan sikap penemuduga.



Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan yang turut sama berkongsi pengalaman mereka.

"Dah la interview 15 minit je. Dalam temuduga, interviewer cari kelemahan aku, bukan kekuatan aku. Nampak interviewer tak baca pun aku.

"Contohnya, dia tak tau pun aku involved dalam projek yang aku sebut masa temuduga. Walhal, aku dah mentioned dalam resume! Dah lah tak baca resume, lepas tu cakap aku lack of skills yang diaorang cari," katanya.

Tambahnya lagi, dia akur sekiranya ditolak namun kecewa apabila penolakan itu tidak berlandaskan apa yang dinamakan 'Intelligent Emotion and Empathy'.

"Itulah sebabnya kenapa aku ingat interview tu sampai hari ni dan ia pengalaman sangat berharga untuk aku menjadi lebih kuat.

"Jadi kepada interviewer di luar sana. Please respect your candidate ya! Kalaulah pun anda tak nak respect dia kerana dia belum lagi jadi pekerja anda. Tapi respectlah dia sebagai manusia," ujarnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain