Baiknya doktor! Ditegur ibu kerana selamba ‘lepas’ maid tidur di rumah kawan, Dr Say ada alasan sendiri - “Rumah tak berapa kemas, kita kemaslah sikit”

Dr Say Shazril dan isteri bersama anak mereka berusia setahun. Foto instagram say_shazril

KERENAH pembantu rumah memang sukar dijangka sehingga ada ibu bapa lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka di pusat jagaan seperti nurseri dan taska.

Pasangan suami isteri dianggap bernasib baik sekiranya pembantu rumah mereka memberikan servis tip top termasuk menjaga anak mereka.

Seperti seorang doktor selebriti, beliau dan isteri lebih selesa memilih kedua-duanya, iaitu menggaji pembantu rumah dan pada masa sama menghantar anak ke nurseri.

ARTIKEL BERKAITAN: Persoal kenapa orang bercerai, Dr Say dedah ramai lelaki ‘suka simpan’ - "Nasib baik aku tak lafaz pelik-pelik"

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sangat merasa masuk zon merah Covid-19, persoalan Dr Say akhirnya terjawab - "Ibarat zon perang dengan kawat berduri... cukup menyeramkan"

Doktor berkenaan, Dr Muhammad Shazril Shahruddin berkongsi di laman sosialnya bahawa beliau telah memberikan cuti kepada pembantu rumahnya untuk bermalam di rumah rakan.



Dek kesibukan Dr Say Shazril (kiri) dan isteri (kanan) sejak kebelakangan ini, pembantu rumah banyak membantu menjaga anak mereka. Foto instagram say_shazril

Beliau memberikan alasan tersendiri mengenai pembantu rumahnya yang turut menjaga anaknya berusia setahun, Aezril atau lebih mesra dengan panggilan Ace.

"Maid (pembantu rumah) saya dah setahun dua bulan kerja dengan saya. Takkanlah tak boleh bagi 'sedikit kebebasan daripada biasa', melainkan maid baharu memang saya tak bagi keluarlah.

"Sejak akhir-akhir ini saya dan bini agak sibuk maka maid yang tolong tengokkan Ace dari Ace habis sekolah pukul 1 petang, kadang-kadang sampai lewat malam," tulisnya menerusi Instastory di akaun Instagramnya, say_shazril.

Perkongsian itu dibuat selepas beliau ditegur oleh ibunya kerana memberikan cuti kepada pembantu rumah dan membenarkannya bermalam di rumah rakan.



Perkongsian Dr Say Shazril mengenai pembantu rumah.

Dengan pintu sempadan negara masih ditutup berikutan pandemik Covid-19, doktor yang lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril itu menyedari kesukaran untuk mencari pengganti sekiranya berlaku insiden 'pembantu rumah lari'.

"Nak kata maid saya kerja tip top macam hari pertama semestinya tak tapi normallah mereka ada 'kurang sikit', selagi Ace sihat walafiat, saya cukup bersyukur. Rumah tak berapa kemas, kita kemaslah sikit.

Nama mereka maid atau helper maksudnya mereka membantu memudahkan kerja kita kecuali nama mereka hamba. Maid ni manusia juga patut bagi rehat untuk kesejahteraan mereka

DR SAY SHAZRIL

"Nama mereka maid atau helper maksudnya mereka membantu memudahkan kerja kita kecuali nama mereka hamba. Itu cerita lain lah, maka layanlah mereka elok-elok," katanya.

Susulan pandangan itu, Dr Say Shazril yang juga pengacara bagi program Tanya Doktor dan My Doctors itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial.



Pandangan Dr Say Shazril mengenai pembantu rumah.

"Geng-geng mak saya berpendapat tak boleh dimanjakan sangat maid ni. Sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi cuti sehari adalah okay, itu pun lebih baik cuti di rumah sebab takut bila keluar nanti jumpa ramai orang, dia lupa diri dan lari.

"Geng-geng saya berpendapat macam sayalah, maid ni manusia juga patut bagi rehat untuk kesejahteraan mereka. Secara ringkasnya, ada maid semuanya tentang nasib.

"Kalau kita dah baik gila-gila tapi niat dia memang nak lari, mereka akan lari juga tak kira apa jua kelonggaran yang kita bagi," ujar doktor berusia 32 tahun itu.

Namun, beliau bersyukur kerana bernasib baik mempunyai pembantu rumah yang memuaskan.

"Mujur sangat saya dikurniakan maid yang Alhamdulillah setakat ini okay. Tetapi macam nasihat kalian semua, jangan sesekali terlalu percayakan maid, sentiasa berwaspada dengan mereka," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain