“Kalau ada ubat ubah suara, dari dulu saya beli” - Tak tahan diejek ‘salesman bapok’, lelaki ini kongsi ‘voice note’ dirinya dihina

Asyraf mengakui terhina apabila suaranya menjadi bahan gurauan segelintir individu.

SETIAP manusia dilahirkan berbeza-beza tetapi tetap sempurna di sisi pencipta-Nya.

Sudah menjadi lumrah, setiap dalam kalangan kita juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Begitu juga dengan jejaka ini yang mana dia reda dilahirkan dengan suara yang agak halus sehingga kadang-kala disamakan dengan suara seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

Bersyukur dengan ketentuan Allah, dia bagaimanapun berkecil hati apabila suaranya itu menjadi bahan jenaka segelintir individu tidak bertanggungjawab.

Di Twitter, Muhd Asyraf Kamaruddin, 28, berkongsi mesej nota suara (voice note) yang dihantar kawannya menerusi Instagram yang mana ia dianggap sebagai satu penghinaan.

"Saya tengah bersembang dengan rakan menerusi direct message (DM) Instagram menggunakan voice notes.

Paparan skrin perkongsian Aysraf di Twitter.

"Jadi, dua orang kawan kepada kawan saya turut bercakap dalam voice notes tu, ada beberapa yang dihantar menyakitkan hati.

"Mula-mula dia hina suara saya, kemudian dia cakap saya salesman bapok. Saya tertanya-tanya, kena ada suara lelaki sejati dulu ke baru boleh jadi salesman?

"Dia cakap, baik jadi khunsa," imbasnya sewaktu dihubungi mStar.

Ikutkan saya, kalau ada ubat ubah suara, dari dulu saya beli.

MUHD ASYRAF KAMARUDDIN

Mesra disapa Asyraf, dia yang menetap di Melaka menganggap gurauan itu terlalu kasar dan tidak boleh diterimanya.

Malah, dia juga mengakui tidak begitu rapat dengan dua individu itu dan cara mereka bergurau juga dianggap melampaui batasan.

"Sebelum bercakap, fikir dahulu. Kalau terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh buat apa dah.

"Kena fikir dulu sebelum bercakap. Gurau ada hadnya, bukan main lepas. Teruk sangat. Saya tak boleh terima benda tu.

Kata Asyraf, setiap individu harus tahu batas-batas dalam berjenaka agar tidak menyakitkan hati rakan-rakan.

"Ikutkan saya, kalau ada ubat ubah suara, dari dulu saya beli. Tak payah tunggu orang cakap suara bapok, saya akan beli. Tapi ini kejadian asal Allah," ujarnya yang kini tidak lagi bekerja sebagai jurujual.

Kata Asyraf, dua individu itu juga ada mempersoalkan kenapa dia memuat naik rakaman suara berkenaan.

"Kawan saya ada minta maaf untuk pihak dua individu yang hina saya. Sebab masa tu mereka hantar voice note guna Instagram kawan saya.

Asyraf tak sangka ramai individu di Twitter turut berkongsi masalah serupa dengannya.

"Mereka juga ada contact, sebab saya post hal itu di Instagram dan Twitter. Dia kata, tak eloklah kalau main post macam ni. Kalau tak boleh gurau macam ni, cakaplah. Tapi ini too much bagi saya.

"Bila saya post di Twitter, ramai sebenarnya yang alami hal sama. Bagi saya, kita tak tahu apa orang tu rasa, jadi elakkan penghinaan begini," ujarnya yang pernah menjadi pelakon teater sebelum ini.

Dalam pada itu, Asyraf juga aktif sebagai YouTuber yang banyak menghasilkan video ASMR dan rancangan makan-makan Mukbang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain