suria

Tamrin Sertai PAS Pada Ramadan Selepas Lajim Ukin

Tamrin Ghafar
Tamrin Ghafar
Tamrin Ghafar

PETALING JAYA: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Mohd Tamrin menjadi ahli Umno veteran kedua meninggalkan parti itu dalam bulan Ramadan tahun ini apabila beliau menyertai PAS secara rasmi pada Sabtu, malam.

Beliau menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang diadakan di Taman Melewar, Gombak.

Akhir Julai lalu, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan Umno.

Tamrin sebelum ini sering dilihat hadir ke program anjuran PAS sebelum memutuskan meninggalkan Umno.

Beliau juga pernah mendakwa Umno semakin hilang arah daripada perjuangan asal.

Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Batu Berendam Melaka (kini Bukit Katil) dari tahun 1986 sehingga 1995 dan pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tamrin ketika dihubungi mStar Online, pada Sabtu, enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut sehinggalah beliau menghantar borang keahliannya malam tadi.

Pada 26 Jun lalu, Tamrin telah diminta oleh jawatankuasa disiplin Umno untuk menghantar surat tunjuk sebab kerana mengkritik kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara terbuka.

Artikel Lain