Seorang tetamu hotel bertindak agresif selepas ditegur gara-gara membungkus makanan bufet ketika sarapan.
SEORANG lelaki dan ibunya mencetuskan kekecohan selepas kakitangan hotel menegur tindakan mereka membungkus makanan dari bufet sarapan untuk dibawa pulang.Menurut saksi, lelaki berkenaan membawa beg plastik dan bekas, lalu mula mengisi makanan walaupun terdapat notis jelas di pintu masuk menyatakan 'Tiada makanan atau minuman boleh dibawa keluar.' Seorang kakitangan hotel yang menegur dua beranak tersebut secara sopan dilaporkan diherdik oleh lelaki itu.Dia mendakwa tidak pernah berdepan peraturan sedemikian di hotel lain, menuduh kakitangan tersebut kurang 'kesedaran perkhidmatan' dan mengugut untuk membuat aduan rasmi.Tegasnya, dia berhak mendapat makanan tersebut memandangkan sudah membuat bayaran dan menuntut kakitangan tersebut memohon maaf kepada ibunya.Tidak sekadar itu, lelaki tersebut kemudian menolak kakitangan hotel berkenaan sebelum meninggalkan makanan yang dibungkus di atas meja.Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Suzhou, Wilayah Jiangsu, China.Rakaman kejadian yang tular di media sosial mencetuskan kritikan hebat warga maya terhadap tingkah laku dua beranak berkenaan. Mereka menegaskan peraturan yang ditetapkan adalah standard bufet di seluruh dunia, sambil menyuarakan rasa simpati terhadap kakitangan hotel berkenaan. -Agensi