SEORANG lelaki berusia 48 tahun ditahan polis selepas didakwa membakar rumah dan sebuah kereta milik isterinya.Menurut laporan, suspek yang dikenali sebagai Endang Sanjaya bertindak demikian kerana berang selepas dituduh berlaku curang dan terlibat dalam kegiatan perjudian. Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Metro, Wilayah Lampung, Indonesia, pada 25 Disember lalu.Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut kemudiannya membuat laporan polis. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro, Iptu Rizky Dwi Cahyo, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa suspek ditahan pada 28 Disember.Menurut beliau, Endang dan mangsa merupakan pasangan suami isteri yang berkahwin secara rahsia. Dakwaan curang telah mencetuskan pertengkaran sebelum suspek bertindak membakar harta milik mangsa.Bagaimanapun ujarnya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan keterangan terperinci daripada kedua-dua pihak. Endang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Metro dan didakwa mengikut Seksyen 187(1) Undang-Undang Republik Indonesia No. 1 Tahun 1946 berkaitan kes pembakaran. -Agensi