suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar jururawat diperdaya doktor pelatih hospital kerajaan… Rela maruah diri ‘ditebuk’ demi janji nak kahwin

Mangsa rogol cenderung mengalami trauma fizikal. -Gambar hiasan

 

SEORANG doktor pelatih di sebuah institusi perubatan kerajaan diburu polis selepas didakwa merogol pelajar kejururawatan.

Difahamkan suspek pada awalnya berjanji untuk berkahwin dengan mangsa sebelum kedua-duanya melakukan hubungan intim.

Kejadian dilaporkan di Qiaserbagh, India.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vishwajeet Srivastava, laporan polis (FIR) dibuat di Balai Polis Qiaserbagh selepas mangsa mendakwa suspek menjalinkan hubungan intim dengannya beberapa kali menggunakan alasan mahu berkahwin.

Bagaimanapun, apabila mangsa mendesak supaya perkahwinan itu disahkan, suspek dikatakan enggan melakukannya.

Malah, suspek juga didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar peribadi mangsa di media sosial.

Susulan itu kata Vishwajeet, pihaknya sedang mengesahkan latar belakang serta alamat doktor pelatih terbabit dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Tambahnya, kenyataan mangsa akan dirakam di hadapan majistret dalam masa terdekat.

Untuk rekod, kes tersebut merupakan insiden kedua seumpamanya dilaporkan berlaku di institut perubatan sama dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini. -Agensi

Artikel Lain