SEORANG lelaki yang mendakwa pernah meramalkan tentang Covid-19 berkongsi ramalannya untuk tahun 2026, termasuklah 'kejatuhan' Donald Trump dan satu 'penyakit misteri'.Nicolas Aujula, 39, yang menetap di barat London itu turut meramalkan peningkatan aktiviti gempa bumi dan gunung berapi di Turkiye, Greece, dan Asia. Tambah Anjula, dia menjangkakan akan berlaku 'peristiwa ribut berbahaya' dan sekatan perjalanan global yang lebih ketat dalam tahun ini.Antara lain, dia meramalkan akan berlaku protes yang dipimpin oleh golongan muda serta pendedahan tentang makhluk asing dan objek terbang tidak dikenali (UFO).Dia juga membuat ramalan tentang skandal besar melibatkan Putera Harry dan Meghan Markle.Menurut Anjula, dia mula menyedari kebolehan psikik itu pada usia 17 tahun.Sebelum ini, dia mendakwa pernah meramalkan dengan tepat beberapa peristiwa seperti Covid-19, kemenangan Trump, kemunculan kecerdasan buatan (AI) serta perpisahan Katy Perry dan Orlando Bloom.Sebagai peringatan, perbuatan meramal dan mempercayai ramalan adalah berdosa dan umat Islam perlu menjauhinya. -Agensi