suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Silap langkah tumpang individu tak dikenali, janda jadi pemuas nafsu dua lelaki dalam van!

Perogol biasanya akan membawa mangsa ke lokasi terpencil untuk melakukan perbuatan terkutuk. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 25 tahun mendakwa dirogol di dalam sebuah van pada awal pagi Selasa.

Mengikut laporan polis, kejadian rogol itu berlaku di Faridabad, Haryana, India.

Jurucakap polis Faridabad, Yashpal Singh, berkata, mangsa pada awalnya sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah sebelum dihampiri sebuah van.

Dua lelaki yang menaiki van itu kemudiannya mempelawa mangsa untuk menghantarnya ke rumah.

Selepas bersetuju untuk dihantar, mangsa dibawa ke sebuah kawasan berbukit sebelum dirogol oleh dua lelaki itu.

Mangsa hanya dibebaskan tiga jam kemudian sebelum dia berjaya menghubungi ahli keluarganya.

Tambah Yashpal, kes itu sudah didaftarkan berdasarkan aduan yang dibuat oleh adik mangsa.

Polis turut mengesahkan yang wanita itu sudah bercerai dan kini tinggal bersama ibunya. -Agensi

Artikel Lain