suria

“Kau boleh pergi cuci sendiri!” - Pekerja restoran suruh pelanggan ke dapur, basuh periuk kalau nak servis cepat

Pelanggan itu 'menyahut cabaran' pekerja berkenaan dan terus masuk ke dapur untuk mencuci periuk.

SEORANG kakitangan restoran dibuang kerja selepas rakamannya memarahi seorang pelanggan wanita tular di media sosial.

Menerusi sebuah video berkenaan, pekerja lelaki itu menyuruh pelanggan terbabit untuk mencuci periuk jika dia mahukan servis yang lebih cepat.

"Periuk yang belum dicuci ada di dapur. Kau boleh pergi cuci sendiri. Kalau tak percaya, pergilah tengok," ujar pekerja itu.

Pelanggan berkenaan kemudian terus ke dapur dan mencuci periuk tanah liat sambil membuat rakaman sebagai bukti.

Rakaman itu tular di media sosial sehingga menyebabkan restoran di Phuket, Thailand, itu dikecam netizen.

Susulan penularan video itu, restoran berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Facebook.

Jelas pihak pengurusan restoran, mereka juga sudah memecat kakitangan terbabit atas alasan tingkah laku tidak wajar terhadap pelanggan.

Pihak pengurusan berjanji untuk meningkatkan standard perkhidmatan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku pada masa hadapan. -Agensi

Artikel Lain