suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 12 tahun ditambat dengan rantai besi, dikurung dalam rumah! Rupanya sudah 2 bulan dihukum mak ayah

Budak lelaki 12 tahun itu ditemukan dalam keadaan terikat menggunakan rantai besi dan mangga.

SEPASANG suami isteri didakwa mengikat anak lelaki mereka berusia 12 tahun menggunakan rantai besi dan mangga sebagai hukuman bagi membetulkan tingkah lakunya yang disifatkan sebagai nakal.

Kedua-dua ibu bapa itu dilaporkan mengurung kanak-kanak tersebut dengan merantai kaki serta menguncinya menggunakan mangga sebelum keluar bekerja setiap hari.

Kejadian di Nagpur, India itu terbongkar selepas penduduk setempat menghubungi pihak berkuasa bagi membuat laporan berhubung hal tersebut.

Menurut laporan polis, pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada tangan dan kaki mangsa akibat ikatan menggunakan rantai yang telah dilakukan sejak dua bulan lalu.

Kanak-kanak yang tercicir daripada persekolahan itu kemudiannya dipindahkan ke lokasi selamat.

Difahamkan, tindakan ibu bapa berkenaan dibuat selepas mendakwa anak mereka tidak mendengar kata, kerap melarikan diri dari rumah serta mencuri telefon bimbit milik orang lain.

Polis sebelum ini dilaporkan menerima maklumat sebanyak dua kali mengenai kejadian tersebut namun tiada tindakan diambil.

Susulan itu, penduduk setempat menghubungi talian Child Helpline, sebelum kanak-kanak itu diselamatkan oleh sepasukan pegawai daripada Pejabat Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Daerah.

Pasangan suami isteri yang bekerja sebagai buruh itu disiasat mengikut Akta Keadilan Juvenil (Penjagaan dan Perlindungan Kanak-Kanak) 2015 dan mangsa kini sedang menjalani sesi kaunseling. -Agensi

Artikel Lain